My Bajet Info adalah sumber utama berita, maklumat nasihat, idea-idea and tip Bajet anda. Ia adalah sumber sehenti pengetahuan praktikal anda mengenai bagaimana Bajet 2015 dapat membantu memperbaiki kehidupan anda dan mengubah komuniti kita. Kita akan letak update untuk 2015 bila ia telah di susun dengan baik.

Touchpoints Belanjawan 2015

Kemaskini 13 October 2014

 

Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan “BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT” yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10

* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015

* Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan

* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan

* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan

* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean bagi tempoh separuh pertama 2014

* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014

* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Okt, 2014

* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini

* Tahun ini Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus

* Defisit fiskal dijangka juga terus turun kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2014, 3.9 peratus pada 2013, 6.7 peratus pada 2009

* Bagi 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus

* Defisit fiskal diunjur terus turun kepada 3 peratus daripada KDNK

* FBM KLCI mencecah 1,892.65 mata pada Julai 2014, mencapai paras tertinggi dalam sejarah negara

* FDI sebanyak RM38.7 bilion pada 2013 merupakan pelaburan terealisasi sebenar tertinggi sehingga kini

* Bajet 2015 memperuntuk RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014

* Perbelanjaan Mengurus RM223.4 bilion, Perbelanjaan Pembangunan RM50.5 bilion

* Pada 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM235.2 bilion, peningkatan RM10.2 bilion berbanding 2014

* Hasil kutipan daripada CBP pada 2015 dianggarkan sebanyak RM23.2 bilion

* Kerajaan mengecualikan beberapa barangan daripada CBP berjumlah RM3.8 bilion

* Pemansuhan SST akan menyaksikan kehilangan hasil sebanyak RM13.8 bilion

* Kerajaan akan mempunyai baki hasil berjumlah RM5.6 bilion selepas ditolak RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion

* Daripada jumlah tersebut, RM4.9 bilion disalurkan kembali kepada rakyat melalui pakej-pakej bantuan seperti BR1M * Akhirnya, hasil bersih kutipan CBP hanya berjumlah RM690 juta

* Bajet 2015 digubal berfokuskan kepada Ekonomi Keperluan rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama

* Kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan

* Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion bagi PKS

* Skim Insentif Penyelidikan bagi Perusahaan (RISE) dengan peruntukan RM10 juta

* Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport (SEF) berjumlah RM300 juta

* Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta

* Platform Akaun Pelaburan (IAP) akan diperkenalkan dengan dana permulaan sebanyak RM150 juta

* Sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan Pelaburan Kerajaan akan disenaraikan dan diurusniagakan di ETBS

* Perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018

* Kelab Perlindungan dan Ganti Rugi luar negara akan ditubuhkan di bawah Exim Bank, menawarkan perlindungan liabiliti pihak ketiga pada kadar premium yang berpatutan

* Insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun

* Insentif 70 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang menguruskan kawasan perindustrian di kawasan lain

* Bagi industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi, elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus akan disediakan ke atas RM4 juta perbelanjaan pertama bagi tempoh 2015-2017

* Bagi industri lain, elaun modal automasi 200 peratus akan disediakan ke atas RM2 juta perbelanjaan modal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2020

* Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 kilometer yang bernilai RM5.3 bilion akan dibina

* Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sejauh 276 kilometer dengan kos pembinaan RM5 bilion akan dibina

* Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur – Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan RM1.6 bilion akan dibina

* Menaik taraf landasan kereta api sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu, dan Gua Musang-Tumpat dengan peruntukan RM150 juta

* Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya dengan kos pembinaan RM23 bilion

* Projek LRT 3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang dengan anggaran kos RM9 bilion

* Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang dengan nilai pelaburan RM69 bilion untuk mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan

* Dana Mobiliti Mapan berjumlah RM70 juta akan disediakan di bawah SME Bank untuk membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik

* 50 bas elektrik akan diperkenalkan

* Peruntukan RM200 juta bagi MyCreative Ventures pada 2012

* Peruntukan RM100 juta bagi Dana Industri Kandungan Digital

* Jalur Lebar kelajuan tinggi akan dilaksanakan di kawasan ekonomi berimpak tinggi meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara

* RM2.7 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun melibatkan pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut

* ‘Malaysia – Year of Festivals 2015′ dijangka menarik 29.4 juta kedatangan pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion

* Rakan Kongsi Pelaburan PKS akan dilaksanakan dengan dana permulaan berjumlah RM375 juta bagi tempoh lima tahun

* RM80 juta akan diperuntukkan bagi skim pinjaman mudah bagi automasi dan pemodenan PKS

* Tekun akan menyediakan tambahan dana pembiayaan sebanyak RM500 juta

* RM350 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera

* RM50 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan Muda India

* RM50 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional

* Pinjaman mudah berjumlah RM50 juta bagi usahawan PKS kaum Cina, RM30 juta bagi penjaja dan peniaga kecil

* 360 produk inovasi berimpak tinggi dikomersilkan dalam tempoh lima tahun akan datang

* RM290 juta dana penyelidikan untuk menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersilan

* Penggunaan elektrik yang tidak dikenakan CBP akan dinaikkan daripada 200 unit kepada 300 unit. Ini akan memberi manfaat kepada 70 peratus isi rumah

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG akan diberikan pelepasan CBP

* Harga 532 barang, atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus susulan pelaksanaan CBP

* Kira-kira 354 jenis barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus susulan pelaksanaan CBP

* Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan pengguna bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas CBP

* 300,000 pembayar cukai individu tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan pada 2015 susulan pelaksanaan CBP

* Bagi 2015, pembayar cukai dengan golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai

* Cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula pada 2015 di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000

* Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan tahun depan

* Pada 2016, kadar cukai pendapatan syarikat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 19 peratus.

* Perniagaan akan menerima geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan tentang CBP

* Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM150 juta bagi membeli perisian perakaunan

* Elaun Modal Dipercepatkan bagi pembelian peralatan dan perisian ICT

* Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan CBP akan diberikan potongan cukai tambahan

* Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi pelbagai subsidi kepada RM40.5 juta pada 2014

* Peruntukan bagi subsidi telah meningkat 14 kali daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan

* Kerajaan akan mengumumkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum tidak lama lagi

* Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia, modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000

* Usahawan ekspatriat syarikat permulaan akan mendapat pas kerja setahun

* EKUINAS akan menerima RM600 juta untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan

* Sehingga kini, EKUINAS telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai RM2.3 bilion dalam pelbagai sektor

* Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara sebagai pusat kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera

* Merancakkan lagi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dengan peruntukan tambahan RM30 juta

* Skim Usahawan Permulaan Bumiputera juga akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak

* Program pra-eksport akan diperkenalkan bagi 60 syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi untuk meningkatkan penjenamaan, persijilan antarabangsa dan kaji selidik pasaran bagi produk Bumiputera

* Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan RM200 juta bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam, bagi menyediakan pembiayaan dan kredit antara RM50,000 dan RM1 juta mulai Januari 2015

* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menggunakan sumber dalaman berjumlah RM1.8 bilion bagi pembiayaan untuk memberi manfaat kepada 346,000 Sahabat AIM

* Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang

* LGM akan menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM6.4 juta sebagai modal kerja kepada 64 koperasi pekebun kecil bagi membeli getah terus daripada 442,000 pekebun kecil getah di seluruh negara

* Peruntukan RM41 juta bagi pekebun kecil untuk penanaman baharu dan penanaman semula

* Pengecualian duti eksport bagi minyak sawit mentah dilanjutkan sehingga Disember 2014

* Sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan untuk membina 80,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia

* Had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM8,000 bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah

* Skim Pembiayaan Sewa-Beli akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank

* Jabatan Perumahan Negara akan mendapat peruntukan RM644 juta bagi membina 26,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat

* Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membina 12,000 unit “Rumah Mesra Rakyat”, 5,000 unit “Rumah Idaman Rakyat” dan 20,000 unit “Rumah Aspirasi Rakyat” di tanah persendirian

* Kerajaan akan melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman sehingga Disember 2016

* Kerajaan akan menaikkan had harga rumah daripada “Skim Rumah Pertamaku” kepada RM500,000

* Kad kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun

* Program Penyelenggaraan Perumahan Awam akan mendapat peruntukan RM40 juta

* RM100 juta akan diperuntukkan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta

* Cukai keuntungan ke atas pelupusan harta tanah akan ditaksir secara sendiri oleh pembayar cukai mulai 2016

* Had kelayakan minimum pinjaman perumahan penjawat awam dinaikkan kepada RM120,000 daripada RM80,000 dan had kelayakan maksimum kepada RM600,000 daripada RM450,000 tahun depan

* Wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 bagi penjawat awam dimansuhkan.