Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2012.

Bajet ini adalah bajet transformasi untuk semua rakyat Malaysia, dan keutamaannya adalah untuk mengurangkan bebanan rakyat dengan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang meningkat. Salah satu daripada fokus utama bajet ini menawarkan bantuan kewangan yang bermurah hati kepada rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui program bantuan kewangan, bonus, insentif dan perumahan yang mampu dimiliki.

Klik disini untuk membaca sorotan ucapan Bajet 2012 Datuk Seri NajibTunRazak

Sebagai rujukan pantas, di bawah adalah ringkasan skim teratas dan bantuan kewangan Bajet 2012 yang telah diperuntukkan untuk membantu anda. Untuk maklumat lebih lanjut, klik disini untuk melayar laman web Kementerian Kewangan.

“Ini adalah bajet yang hebat. PM telah mengiktirafkan dan mengambil usaha untuk membantu rakyat dalam kategori pendapatan rendah”
~ A. Yasugeeyamal, 53 years old, Pesara (Sumber: Malaysian Insider, 8 Oktober 2011)

BR1M – Bantuan Rakyat 1Malaysia (Bantuan RM500 BR1M)

Apa: Satu RM500 bantuan sekali untuk meringankan beban kos sara hidup yang meningkat.

Siapa: Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000.

Permohonan: Isikan borang untuk memohon. Borang yang lengkap untuk mendaftar mesti diserahkan dari 10 Disember 2011 ke 10 Januari 2012.

KEMASKINI: Tarikh akhir permohonan telah dilanjutkan untuk kawasan pendalaman.

KEMASKINI: Tarikh akhir rayuan telah dilanjutkan sehingga 10 Mac 10, 2012.

Permohonan yang lewat akan terus dipertimbangkan dan diluluskan dengan sewajarnya untuk pemohon-pemohon yang berkelayakan.

Kutipan: Proses pembayaran akan bermula pada 16 Januari 2012. Bayaran akan dibuat melalui baucar tunai.

Klik disini untuk memuat turun dan mencetak borang permohonan . Borang permohonan juga boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan dan di lobi utama Kementerian Kewangan.

Lawati Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut mengenai BR1M atau memanggil talian tol bebas Hotline BR1M di 1800-222-500.

BB1M – Pemberian Baucer Buku 1Malaysia (Baucar Buku RM 200 BB1M)

Apa: Baucar buku sebanyak RM200 untuk pelajar-pelajar pengajian tinggi untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang meningkat.

Siapa: Semua pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian pra-universiti, faundation, diploma, ijazah dan PhD di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh Negara. Semua penuntut yang berstatus pelajar dari 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012 adalah layak untuk menerima BB1M.

Bagaimana: Baucar BB1M adalah sah di kedai-kedai buku yang mengambil bahagian dari 1 Januari 2012 ke 31 Mac 2012.

Kutipan: Baucar bernilai RM200 akan diagihkan kepada pelajar-pelajar bermula dari 1 Januari 2012 oleh institusi pengajian mereka.

Layari laman web Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut BB1M.

Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme)

Apa: Satu pinjaman rumah 100% tanpa memerlukan membayar 10% deposit untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Individu-individu boleh memohon pinjaman sehingga RM200,000 dengan pembayaran balik maksimum selama 30 tahun bagi individu, sementara pasangan boleh memohon pinjaman sehingga RM400,000 dengan pembayaran balik maksimum selama 30 tahun.

Siapa: Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 35 tahun kebawah dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 dan masih belum memiliki rumah, atau pasangan suami dan isteri yang masing-masing berpendapatan di bawah RM3,000 dan masih belum memilikit rumah, atau jumlah pendapatan kurang daripada RM6,000.

Permohonan: Bermula dari Januari 2012, pemohon individu dan pasangan yang berkelayakan boleh memohon di semua bank yang mengambil bahagian.

Layari Skim RumahPertamaku untuk maklumat lanjut.

Program Rumah Mesra Rakyat

Apa: Syarikat Perumaha Negara Berhad (SPNB) akan membina rumah dengan ko sebanyak RM65,000 seunit dimana ia akan dijual kepada pemohon dengan harga RM45, 000. Kerajaan akan membayar baki RM20,000 agar rakyat Malaysia mempunyai akses kepada rumah mampu milik.

Siapa: Warga Malaysia yang tidak memiliki rumah, atau yang menetap di dalam rumah yang usang, lama atau tidak lengkap di atas tanah mereka sendiri atau diwarisi, berumur diantara 18 – 65 tahun, dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,500.

Permohonan: Calon-calon yang layak boleh memohon di SPNB. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Mesra Rakyat di 03-2681 0180

Layari laman web SPNB untuk maklumat lebih lanjut.

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Apa: Pemaju Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA Corp) akan membina rumah kediaman dan menjualnya dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Siapa: Warga Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM6,00 yang bekerja dengan pihak kerajaan, sector swasta atau bekerja sendiri, dan adalah seorang pembeli rumah kali pertama.

Permohonan: Calon-calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara langsung dengan PR1MA.

Layari PR1MA untuk maklumat lanjut .