Q: Apakah KAR1SMA?

A: KAR1SMA berdiri untuk Kebajikan Rakyat 1Malaysia.

Q: Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari KAR1SMA?

A: Kanak-kanak, warga tua, warga OKU, balu polis dan askar, dan komuniti.

Q: Apakah fokus utama program ini?

A: Fokus KAR1SMA adalah untuk membangunkan masyarakat menerusi program bantuan kemasyarakatan secara holistik.

Q: Apakah kriteria kelayakan KAR1SMA?

A: Kriteria kelayakan KAR1SMA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu:
    • RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia
    • RM830 sebulan di Sarawak
    • RM960 sebulan di Sabah
    • Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan:
      • Bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan (contohnya asrama, kolej, dan lain-lain);
      • Tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga (contohnya keuzuran, sakit, kurang upaya, dan lain-lain);
      • Sokongan dari ahli keluarga;
      • Keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga; dan
      • Faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.

Q: Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh KAR1SMA?

A: Bantuan yang diberikan kepada setiap kategori adalah seperti berikut:

Kanak-kanak

  • Bantuan kewangan
  • Perkhidmatan di institusi
  • Bantuan komuniti
  • Kaunselling

Warga Tua

  • Bantuan kewangan
  • Perkhidmatan di institusi
  • Pusat Jagaan Harian
  • Ziarah dan Bantu

OKU

  • Kad pendaftaran OKU
  • Bantuan kewangan
  • Insentif OKU Produktif
  • Perkhidmatan di institusi
  • Pemulihan dalam komuniti
  • Job Coach
  • Ziarah dan Bantu

Balu Polis dan Askar

  • Bantuan kewangan / Geran pelancaran

Komuniti

  • Bantuan kewangan
  • Pembangunan keupayaan pertubuhan sukarelawan kebajikan dan komuniti
  • Bantuan Am
  • Latihan kemahiran I-Kit
  • Pemeriksaan kesihatan
  • Jejari Bestari

Sumber