[stextbox id="custom"]Minggu ini, kami menampilkan tip berbelanja atasi inflasi dari laman web Kedai Rakyat 1Malaysia. Nikmatilah![/stextbox]

Apa itu inflasi?

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (barangan dan perkhidmatan) yang berterusan akibat beberapa faktor seperti permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran dan peningkatan kos penghasilan barangan.

Tip berbelanja atasi inflasi

Berdisiplin merancang perbelanjaan

  • Membuat simpanan pada awal bulan.
  • Selaraskan semua perbelanjaan mengikut kategori. Contoh: barangan dapur, bayaran bil, pinjaman, simpanan



Cari alternatif untuk meminimumkan perbelanjaan

  • Membeli atau menggunakan barangan yang berharga lebih rendah.
  • Beli barang buatan Malaysia



Buat perbandingan harga

  • Semak iklan-iklan pasar raya di akhbar untuk buat perbandingan dengan harga yang ditawarkan di tempat lain bagi mendapatkan harga yang terbaik.



Berbelanja mengikut keutamaan

  • Rancang perbelanjaan mengikut keperluan
  • Ambil peluang pada perkhidmatan atau barangan percuma seperti bersenam di gimnasium pejabat.



Menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke tempat kerja

  • Cuba untuk menggunakan pengangkutan awam tiga kali seminggu untuk ke tempat kerja.



Berhibur bersama keluarga secara sederhana

  • Melawat muzium atau pergi ke konsert percuma untuk berhibur.
  • Menyewa DVD dan menonton bersama-sama keluarga/teman.
  • Merehatkan minda di taman-taman rekreasi yang banyak terdapat di Malaysia.


Ringkasnya, harga yang tinggi tidak bererti ia mempunyai kualiti yang terbaik. Lazimnya barangan yang dijual pada harga tinggi terpaksa mengambil kira kos pengiklanan dan promosi daripada kualitinya. Bandingkan harga dan kualitinya terlebih dahulu sebelum anda bertindak untuk membeli. Perbandingan seperti ini boleh dilakukan kepada barangan keperluan seperti makanan dan minuman, pakaian dan yang tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.

[stextbox id="custom"]Kerajaan sentiasa mengadakan pemantauan dan program-program berikut:

  • Kedai Rakyat 1Malaysia
  • Menu Rakyat 1Malaysia
  • Dialog dengan pihak industri
  • Kempen Kuasa Pengguna
  • Kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan
  • Projek pengedaran barang perlu
  • Pengenalan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

[/stextbox]