Apa: Satu pinjaman rumah 100% tanpa memerlukan membayar 10% deposit untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Individu-individu boleh memohon pinjaman sehingga RM200,000 dengan pembayaran balik maksimum selama 30 tahun bagi individu, sementara pasangan boleh memohon pinjaman sehingga RM400,000 dengan pembayaran balik maksimum selama 30 tahun.

Siapa: Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 35 tahun kebawah dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 dan masih belum memiliki rumah, atau pasangan suami dan isteri yang masing-masing berpendapatan di bawah RM3,000 dan masih belum memilikit rumah, atau jumlah pendapatan kurang daripada RM6,000.

Permohonan: Bermula dari Januari 2012, pemohon individu dan pasangan yang berkelayakan boleh memohon di semua bank yang mengambil bahagian:

Layari Skim RumahPertamaku untuk maklumat lanjut.