[stextbox id="custom"]Ingin memohon pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku? Klik di sini untuk senarai bank-bank terlibat yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang Skim Rumah Pertamaku atau rujuk kepada soalan lazim (FAQ) di bawah.[/stextbox]

 

 

Bahagian A. Skim Rumah Pertamaku

1. Apakah Skim Rumah Pertamaku (SRP)/ My First Home Scheme?

[stextbox id="info"]

Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

[/stextbox]

 

2. Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?

[stextbox id="info"]Tidak, peminjam/pelanggan menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.[/stextbox]

 

3. Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?

[stextbox id="info"]Tidak, kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang berkenaan digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.[/stextbox]

 

Bahagian B. Pembiayaan

1. Siapakah yang layak untuk Skim ini?

[stextbox id="info"]Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir jadi berikutnya) dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM3,000 bagi setiap pemohon.[/stextbox]

 

2. Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk Skim ini?

[stextbox id="info"]Tidak, skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Pemohon mesti telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan.[/stextbox]

 

3. Saya berkerja sendiri sedangkan pasangan saya telah disahkan dalam jawatan di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah skim ini?

[stextbox id="info"]Tidak. Hanya pasangan anda yang layak memohon kerana beliau adalah seorang pekerja yang telah disahkan dalam jawatan. Pasangan anda juga harus memenuhi kesemua kriteria kelayakan yang lain dibawah skim ini.[/stextbox]

 

4. Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM2,000 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM300,000. Adakah kami layak dibawah skim ini?

[stextbox id="info"]

Ya. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen tidak boleh melebihi 55% daripada pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan. Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM800. Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,400 sebulan seperti tertera di bawah ini:

Contoh kiraan :

Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM2,000 = RM4,000
55% daripada RM4,000 = RM2,200 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,200 – RM800 = RM1,400

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 40 tahun (tertakluk kepada umur peminjam/pelanggan tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM307,000.

[/stextbox]

 

5. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan pembiayaan 100% untuk membeli hartanah yang bernilai RM400,000?

[stextbox id="info"]Anda boleh memohon untuk pembiayaan 100% melalui permohonan bersama dengan gabungan pendapatan tidak melebihi RM6,000 sebulan. Andaikan kedua-dua pemohon tidak mempunyai sebarang komitmen semasa permohonan dibuat, tempoh pembiayaan ialah 40 tahun (tertakluk kepada umur kedua-dua pemohon tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan) dan memenuhi semua keperluan kredit bank, ansuran bulanan pinjaman berkenaan tidak boleh melebihi 55% daripada gabungan pendapatan kasar bulanan kedua-dua pemohon.[/stextbox]

 

6. Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah skim ini?

[stextbox id="info"]Tidak, pemohon-pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.[/stextbox]

 

Bahagian C. Harta

1. Adakah Skim ini merangkumi harta-harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan?

[stextbox id="info"]Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan. Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.[/stextbox]

 

2. Saya dan pasangan saya telah membeli sebuah harta pada harga RM300,000. Adakah kami layak untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM300,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan?

[stextbox id="info"]Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank yang berkenaan. Secara amnya, bank-bank akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.[/stextbox]

 

3. Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut dibawah Skim ini?

[stextbox id="info"]Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.[/stextbox]

 

4. Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi dibawah Skim ini?

[stextbox id="info"]Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.[/stextbox]

 

Bahagian D. Soalan Lain

1. Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah Skim ini?

[stextbox id="info"]Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.[/stextbox]

 

2. Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam dibawah Skim ini?

[stextbox id="info"]Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.[/stextbox]

 

3. Apakah tempoh maksimum pembiayaan?

[stextbox id="info"]Tempoh maksimum pembiayaan ialah 40 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan, dan tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.[/stextbox]

 

4. Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)?

[stextbox id="info"]Peminjam/pelanggan mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank-bank yang terlibat.[/stextbox]

 

[stextbox id="custom"]Ingin memohon pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku? Klik di sini untuk senarai bank-bank terlibat yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang Skim Rumah Pertamaku[/stextbox]