Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu meningkatkan lagi kempen dan penerangan mengenai perlunya pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata skim pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dilaksanakan Perkeso sepanjang tahun lepas dilihat kurang mendapat sambutan, sedangkan sebanyak RM200 juta diperuntukan kerajaan bagi tujuan itu.

“Sepanjang tahun lepas seramai 320,000 orang direkodkan menjalani pemeriksaan di klinik-klinik panel yang dilantik Perkeso, berbanding sasaran seramai 1.9 juta orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Maran di sini Jumaat.

Beliau berharap pekerja di negara ini segera menjalani pemeriksaan supaya dapat mengesan sebarang penyakit pada peringkat awal lagi.

“Pekerja berusia 40 tahun ke atas misalnya amat berisiko, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan sebarang penyakit di peringkat awal lagi,” katanya.

sumber