kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga telah memperuntukkan RM111.4 juta untuk diagihkan kepada 7,500 keluarga miskin di negeri Sarawak sebelum akhir tahun ini di bawah program 1AZAM.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata dari Januari hingga kini, 2,314 ketua-ketua isi rumah atau 30.87 peratus daripada sasaran telah menerima bantuan.

“Kami masih mempunyai beberapa bulan untuk mencapai sasaran dan bantuan yang akan disalurkan secara berperingkat-peringkat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembasmian kemiskinan di sini Rabu.

Sementara itu, Fatimah berkata, agensi pelaksana dalam program 1Azam itu telah meningkat kepada 28 daripada 16.

Beliau berkata langkah itu adalah untuk memastikan bahawa pembayaran bantuan akan dipercepatkan.

- BERNAMA