Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Di dalam Bajet 2012, pengumuman telah dibuat yang nilai maksimum hartanah akan dinaikkan dari RM200,000 kepada RM400,000, berkuatkuasa daripada 1 Januari 2012.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Skim Rumah Pertamaku.

[stextbox id="custom"]Ingin memohon pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku? Klik di sini untuk senarai bank-bank terlibat yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang Skim Rumah Pertamaku atau rujuk kepada soalan lazim (FAQ)[/stextbox]