Q: Apakah Skim Pembiayaan I-Mesra?

A: Skim Pembiayaan I-Mesra merupakan skim asas kepada pembiayaan AIM. Skim ini ditawarkan bermula dari pembiayaan pertama dengan jumlah maksima RM2,000 dan digunakan untuk membiayai projek ekonomi yang diyakini dapat memberi pulangan yang baik kepada Sahabat AIM tersebut.

Q: Apakah maklumat pembiayaan I-Mesra?

A: Maklumat pembiayaan I-Mesra adalah:

  • Had maksima pembiayaan ialah RM19,900 serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.
  • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
  • Kaedah bayar balik secara mingguan.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Q: Adakah I-Mesra mempunyai syarat-syarat khusus?

A: Syarat-syarat khusus I-Mesra adalah:

  • Sahabat layak mendapat I-Mesra kali pertama setelah disahkan dalam kumpulan dan pusat, selepas menjalani Proses Penurunan Kuasa dan Pengiktirafan kumpulan.
  • Sahabat layak membuat pembiayaan I-Mesra kali kedua sekiranya peningkatan jumlah pembiayaan yang dipohon adalah kurang daripada RM3,000.
  • Sahabat perlu memenuhi keperluan Asas Simpanan bagi I-Mesra melebihi RM10,000.

Q: Bagaimana kami menghubungi pihak AIM untuk maklumat lanjut?

A: Amanah Ikhtiar Malaysia boleh di hubungi di:

    Ibu Pejabat
    Menara Amanah Ikhtiar
    No. 3 Jalan Cempaka SD12/1A
    Bandar Sri Damansara, PJU 9
    52200 Kuala Lumpur
    Tel: 03 6274 8810
    Faks: 03 6264 8809