S: Apakah Skim Kewangan Teknologi Hijau?

J: Skim Kewangan Teknologi Hijau (SKTH) ialah skim kewangan istimewa diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyokong pertumbuhan/perkembangan Teknologi Hijau (TH) di Malaysia. Skim ini disarankan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2010 dengan jumlah keseluruhan kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

S: Adakah SKTH merupakan geran atau pinjaman?

J: SKTH merupakan pinjaman mudah yang disokong kerajaan; pengolahan pinjaman ini sama seperti pinjaman-pinjaman biasa, di mana peminjam mesti membayar balik pihak bank sepanjang tempoh pinjaman.

S: Apakah kriteria-kriteria projek Teknologi Hijau (TH)?

J: Polisi TH jelas menafsirkan bahawa apa-apa produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut dikategorikan sebagai TH:

  1. Mengurangkan kemerosotan kualiti alam sekitar
  2. Mengurangkan kesan rumah hijau
  3. Selamat digunakan dan menggalakkan persekitaran yang sihat dan lebih baik bagi semua bentuk kehidupan
  4. Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber asli; dan
  5. Menggalakkan penggunaan sumber lestari/sumber boleh diperbaharu

*Untuk maklumat lanjut tentang kriteria, sila lawat laman sesawang SKTH.

S: Apakah sektor-sektor yang disasarkan dalam TH?

J: Empat sektor utama ialah:

  1. Tenaga
  2. Air dan pengurusan sisa
  3. Bangunan
  4. Pengangkutan

S: Projek apakah yang layak memohon SKTH?

J: Projek yang layak memohon SKTH termasuk (tetapi tidak terhad) yang berikut:

a. Sektor tenaga

i. Sektor pembekalan tenaga

Pengurusan sampingan penjanaan kuasa dan pembekalan tenaga termasuklah pembekalan bersama dari sektor industri dan komersial

ii. Sektor penggunaan tenaga

Sektor penggunaan tenaga dan program permintaan pengurusan sampingan

b. Sektor bangunan

Pembangunan, pengurusan, penyenggaraan dan perobohan bangunan

c. Sektor air and pengurusan sisa

Pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan air buangan, sisa pepejal dan tanah isian sanitari

d. Sektor pengangkutan

Infrastruktur pengangkutan awam, kenderaan “hijau” dan biobahan api.

Untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis projek, sila rujuk garis panduan dan pengendalian SKTH.

S: Siapa yang boleh memohon SKTH?

J: Semua syarikat (sama ada pengguna atau pengeluar) yang berminat untuk membangunkan projek TH adalah dialu-alukan.

S: Bagaimana mendapatkan borang permohonan SKTH?

J: SKTH beroperasi menerusi permohonan elektronik. Pemohon-pemohon harus memohon secara online di www.gtfs.my

S: Adakah terdapat garis panduan atau buku panduan bagi pemaju projek membuat rujukan?

J: Ya, garis panduan atau buku panduan SKTH boleh didapati secara online di www.gtfs.my

S: Apakah langkah-langkah yang perlu diambil apabila memohon SKTH?

J: Proses permohonan adalah seperti berikut:

a. Pensijilan Projek (Teknikal)

Semua permohonan mesti dihantar kepada GreenTech Malaysia. GreenTech Malaysia akan menapis dan menilai kesemua permohonan yang lengkap dan sah. Jika pihak SKTH mengkehendaki/meminta penjelasan tentang apa-apa isu atau perkara semasa tempoh penilaian, pemohon-pemohon mestilah menyediakan maklumat tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan. Pemohon-pemohon akan dijemput untuk mesyuarat Pembentangan Kajian Perniagaan untuk membentangkan daya maju model perniagaan mereka, pasaran produk, potensi prestasi kewangan projek, pengurusan syarikat dan juga strategi keluar oleh syarikat. Projek tersebut akan dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa SKTH untuk kelulusan muktamad. GreenTech Malaysia akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dan juga yang tidak berjaya. Pemohon yang Berjaya akan diberikan Sijil Projek Hijau.

b. Permohonan Pembiayaan

Pemohon yang berjaya boleh memohon pembiayaan di bawah SKTH menggunakan Sijil Projek Hijau dan semua dokumentasi yang berkaitan kepada mana-mana FI yang turut serta. Pemohon-pemohon mesti menurut dan mematuhi prosedur dan garis panduan FI yang terpilih. FI akan mengeluarkan Surat Tawaran (ST) kepada pemohon yang berjaya. Kerajaan akan menanggung 2% daripada kadar faedah total atau keuntungan.

c. Jaminan Kelulusan

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) akan menyediakan jaminan 60% ke atas jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh FI (nilai GT sahaja). Setelah jaminan kelulusan diberikan, CGC akan mengeluarkan Surat Jaminan kepada pemohon dan mengenakan fi jaminan sebanyak 0.5% setahun ke atas jumlah tersebut. Sesalinan surat tersebut akan dihantar kepada FI yang berkenaan dan GreenTech Malaysia.

d. Pelaksanaan Pembiayaan

i. Perjanjian dan Dokumentasi

Setelah menerima Surat Tawaran daripada CGC, FI akan meneruskan dengan perjanjian pembiayaan.

e. Pengeluaran Dana

Dana akan dikeluarkan mengikut prosedur FI yang terpilih.

f. Hasil Projek

i. Pengawasan dan Pengesahan Projek

Pemohon mesti menyerahkan Laporan Bulanan Perkembangan Projek kepada GreenTech Malaysia dalam masa perlaksanaan projek. Setelah pentauliahan, pemohon mestilah menyerahkan Laporan Hasil Projek setiap enam bulan kepada GreenTech Malaysia. Format dan tempoh akan ditentukan oleh GreenTech Malaysia.

g. Kesan Projek

Setelah penyempurnaan Pengawasan dan Pengesahan Projek, pemohon hendaklah menyerahkan kajian Kesan Projek menurut format yang ditetapkan oleh GreenTech Malaysia.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk garis panduan dan kendalian SKTH.

S: Bagaimana untuk menghubungi SKTH?

J: SKTH boleh dihubungi di:

Malaysian Green Technology Corporation

No. 2, Jalan 9/10,

Persiaran Usahawan, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Hotline: 1-800-88-4837

Emel: feedback@gtfs.my

Laman web: www.gtfs.my