BR1M 3.0

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan kemampuan fiskal, kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Beliau berkata bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga [...]

Sebanyak 6.8 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 diluluskan kerajaan sehingga 31 Mei bulan lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4.5 juta penerima terdiri daripada golongan isirumah manakala 2.3 juta lagi penerima adalah golongan bujang dengan kesemuanya melibatkan peruntukan RM3.6 bilion.

“Jumlah penerima ini dijangka meningkat memandangkan permohonan rayuan baharu [...]

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang memproses hampir sejuta rayuan awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang dikemuka oleh pemohon yang belum lagi menerima bantuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata kebanyakan rayuan membabitkan pemohon yang pernah menerima bantuan itu.

Rayuan ini diterima sejak pelancaran BR1M 3.0 pada 22 Feb lepas sehingga [...]

Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

“BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada [...]

Sebanyak 333,915 orang akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pulau Pinang bermula 23 Februari ini, kata Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah.

Beliau berkata, sejumlah 160,336 penerima yang tidak memiliki akaun bank akan menerima bantuan itu secara berperingkat bermula 23 Februari, diikuti pada 2,8 dan 9 Mac ini.

“Bantuan untuk 173,579 penerima lagi akan dikredit [...]

Para peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga barang sempena pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan mula diagihkan 22 Feb ini bagi peringkat nasional dan 23 Feb bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata KPDNKK akan sentiasa memantau dan tidak [...]

Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Februari ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing.

“Walaupun agihan [...]

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Facebooknya pada Selasa, Najib berkata, bagi pemohon yang tiadaakaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi [...]

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

“Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam [...]

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak berkemungkinan akan melaksanakan Ops BR1M bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sempena pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada bulan depan.

Pengarahnya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, perkara itu masih berada di peringkat kajian sebelum dilaksanakan.

“Kami (PPDNKK) sedang membuat kajian berkaitan pelaksanaan Ops BR1M dan [...]

Page 1 of 212