GST

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah selaras dengan matlamat kerajaan memperkukuhkan hasil pendapatan negara menjelang 2020, sekali gus bakal memberi manfaat besar kepada rakyat termasuk penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Azih Muda berkata apabila kerajaan dapat menambahkan lagi hasil pendapatan menerusi GST, maka setiap tuntutan CUEPACS untuk kepentingan penjawat [...]

Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat ‘one-off’ dan akan kembali stabil dalam masa setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus.

“Bukannya tiada peningkatan langsung. Berdasarkan kajian ada sedikit peningkatan [...]

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan membantu Malaysia mencapai belanjawan lebihan pada 2020, tahun Malaysia mencapai status negara maju.

Pengarah Eksekutif Tax Advisory And Management Services Sdn Bhd (TAMS) Yong Poh Chye berkata kerajaan boleh mengumpul RM23.1 bilion dalam pendapatan cukai tahun depan dan ini hanya daripada tiga suku tahunan kerana GST akan dilaksanakan pada 1 [...]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menyalurkan lebih banyak peruntukan pembangunan kepada masyarakat di luar bandar apabila negara melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun depan.

Najib berkata pembangunan di luar bandar antara sektor yang akan diberi keutamaan apabila kerajaan memperoleh pendapatan tambahan daripada pelaksanaan GST kelak dan perkara itu telah dimaklumkan [...]

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April, 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata mereka yang menjual barang dan menyediakan perkhidmatan tidak sepatutnya menggunakan CBP sebagai alasan untuk menaikkan harga kerana harga barangan tertentu tidak [...]

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal memperbetulkan situasi ‘yang kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin’ di negara ini.

Beliau berkata sistem cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini mempunyai ruang untuk dimanipulasi sesetengah pihak sehingga merugikan negara dan rakyat.

“Melalui GST ini, tidak ada ruang bagi kumpulan yang [...]

Bukan sahaja bingung dengan cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) tetapi ramai rakyat Malaysia masih tidak pasti bagaimana cukai itu akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Gara-gara tidak memahami dengan jelas kepentingan CBP, ramai yang bukan sahaja menyimpan perasaan bimbang malah menentang sistem percukaian baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak [...]

Peruntukan untuk pembangunan di kawasan luar bandar akan dapat ditambah lagi untuk manfaat penduduk apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Baram, Sarawak.

Katanya melalui pelaksanaan GST, kerajaan akan dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan yang seterusnya akan disalurkan untuk tujuan pembangunan negara khususnya di kawasan [...]

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan, akan menyukarkan peniaga tidak bertanggungjawab untuk menjual terlalu mahal kepada pengguna.

Pengarah Bahagian cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata GST memperbaiki kecacatan struktur dalam sistem cukai jualan dan membantu memastikan pengguna tidak membayar apa-apa “cukai tersembunyi” .

Sistem cukai jualan , [...]

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST ) tahun depan boleh membantu untuk mencegah aliran wang haram dan wang hitam.

Pembantu khas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah, Ting Tai Fook berkata GST adalah telus dan semua barang-barang yang telah dibayar dan dikenakan akan dicetak dalam invois.

“Dalam Jualan semasa dan Cukai Perkhidmatan (SST), barang-barang [...]

Page 4 of 512345