Penduduk luar bandar dan pedalaman di Malaysia tidak pernah diabaikan atau dipinggirkan daripada mendapat akses lebih baik bagi kemudahan komunikasi, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program Penyediaan Perkhidmatan Sejagat bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat akses kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menerusi pusat [...]