PR1MA

Harga projek rumah mampu milik oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan mempunyai kesan penstabil dan bertindak sebagai penanda aras bagi pelbagai rumah kediaman seumpamanya yang akan ditawarkan oleh pemaju swasta lain.

Pasaran hartanah tidak lama lagi akan memberi tindak balas dan sepadan dengan harga PR1MA, iaitu 25 peratus lebih murah daripada nilai pasaran, kata Pengerusi Eksekutif [...]

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)meluluskan sebanyak 72 projek pembangunan kediaman di seluruh negara bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata kesemua projek itu akan menawarkan sejumlah 50,000 unit kediaman kepada para pembelinya.

“Untuk keseluruhan projek, saya difahamkan lebih 11,000 unit (rumah) sudah dimulakan pembinaannya dalam pelbagai peringkat.

“Manakala, bakinya iaitu 32,000 hingga 40,000 unit pula [...]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka sebagai ejen Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dengan mengenakan bayaran tertentu untuk memiliki rumah itu.

“Mereka ini menipu orang ramai yang kononnya mewakili PR1MA dan mengutip kutip sumbangan daripada orang ramai yang berkeinginan mahukan rumah mampu [...]

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Perdana Menteri berkata ini sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan bagi membantu rakyat berkaitan projek perumahan itu.

“Pembiayaan ini supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos [...]

Kerajaan akan memperbanyakkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar seluruh negara pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata setakat ini sebanyak 88,000 daripada 102,000 rumah PPR disewa, sebelum pemilik mampu membeli rumah sendiri, manakala selebihnya dijual pada harga RM35,000 [...]

Golongan muda berpendapatan RM2,500 hingga RM10,000 yang belum memiliki rumah digalak memohon Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) secara dalam talian (online).

Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata masih ramai golongan muda berpendapatan rendah, terutama dalam kalangan masyarakat Cina, yang tidak tahu tentang permohonan PR1MA yang membolehkan mereka memiliki rumah sendiri.

“Berdasarkan tinjauan ketika roadshow di [...]

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pewujudan Skim Perumahaan Belia sebagai usaha untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan belia di negara ini.

Najib berkata skim itu menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dengan tempoh [...]

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) hari ini menjalin perkongsian strategik untuk membangunkan projek perumahan termasuk membina 1,000 unit rumah mampu milik di pulau peranginan ini.

Projek pembinaan perumahan dua fasa membabitkan tanah keluasan 57.6 hektar milik Lada itu turut merangkumi rumah teras setingkat, dua tingkat dan apartmen.

Ke arah merealisasikan projek pembangunan itu, [...]

Kerajaan hari ini memperkenalkan Skim Sewa Beli bagi membantu pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman perumahan dengan bank.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim itu diwujudkan khusus untuk generasi muda dalam mendapatkan rumah yang mereka idamkan selama ini.

“Program ini adalah bagi membantu mereka (permohonan) yang ditolak bank, kadang-kadang yang [...]

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil maklum cadangan kerajaan Sarawak supaya setiap lokasi projek perumahan rakyat yang bakal dibina turut mengambil kira pandangan kerajaan negeri sebelum dilaksanakan.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata melihat kepada kedudukan Sarawak dari segi geografi yang luas, pihaknya bersedia mendengar pandangan kerajaan negeri mengenai isu perumahan itu.

“Hasil kunjungan [...]

Page 1 of 9123»