[stextbox id="custom"]Ini adalah Bahagaian 4. Klik di sini untuk membaca Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 & Bahagian 5[/stextbox]

Pemilik Perniagaan: Normah Omar

Syarikat:
Rintiz Rezky

Aktiviti Perniagaan:
Pembinaan

Pencapaian:
Puan Normah Omar adalah salah satu kontraktor wanita bumiputera yang berjaya di Malaysia. Di bawah kepimpinan beliau, syarikatnya telah diamanahkan dengan projek pembangunan infrastruktur, terutamanya di Melaka.

Latar Belakang Syarikat:
Ditubuhkan pada tahun 2000, Rintiz Rezky (M) Sdn. Bhd mempunyai pelbagai perniagaan dan bertujuan untuk bersaing dalam dunia globalisasi seiring dengan pembangunan dan kemajuan teknologi infrastruktur, pembinaan, kejuruteraan awam, pengangkutan, pelancongan, restoran, pengeluaran minyak masak dan pusat kecantikan.

Menumpukan atas perniagaan pembinaan, beliau mempunyai lebih 70 pekerja yang menyokong operasi perniagaannya. Antara projek yang berjaya disiapkan oleh Rintiz Rezky termasuk asrama untuk sekolah, lintasan pejalan kaki, kilang air, pemuliharaan dan pengubahsuaian universiti swasta, akademi pengangkutan jalan, medan selera dan menaik taraf sistem bekalan air.

Pemilik Perniagaan: Puan Hjh Maimun Mohd Hussain

Syarikat:
Sudara Beach Resort (PK EKO Resort Sdn Bhd)

Aktiviti Perniagaan:
Hotel & Resort

Pencapaian:
Puan Hjh Maimun Mohd Hussain usahawan wanita yang layak menjadi contoh kepada usahawan wanita lain. Ini adalah berdasarkan kepada sumbangan beliau kepada sosio-ekonomi masyarakat di Telok Kandis, Bachok, Kelantan dan pembangunan industri hospitaliti melalui syarikatnya, PK Eco Resort.

Latar Belakang Syarikat:
PK Eco Resort ditubuhkan pada tahun 2001 dan dikenali sebagai Sudara Beach Resort. Resort yang mempunyai 300 lebih bilik terletak di Telok Kandis, Bachok, Kelantan. Untuk melengkapkan perniagaan chalet dan hotel, Sudara menyediakan kemudahan seperti bilik mesyuarat dan seminar dengan kapasiti 1,500 orang, kolam renang, restoran, masjid dan dewan bankuet dengan kapasiti maksima 1,500 orang.

[stextbox id="custom"]Klik di sini untuk membaca Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 & Bahagian 5[/stextbox]

Diekstrak daripada laporan SME Bank “The Launching of Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang & Taska Pintar SME Bank” 8th April 2011, Menara SME Bank, Kuala Lumpur.

[stextbox id="info"]Adakah anda berminat untuk memulakan perniagaan? Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim Dana Pembiayaan PKS[/stextbox]