Akaun Syariah Kwsp & Akaun Konvensional?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan dua pilihan simpanan kepada pencarum, iaitu Akaun Syariah dan Akaun Konvensional.

Kedua-dua akaun ini berfungsi sebagai persaraan wajib bagi pekerja di Malaysia, tetapi terdapat perbezaan dari segi prinsip pelaburan dan kadar dividen yang diberikan.

  • Akaun Syariah KWSP – Pelaburan hanya dilakukan dalam instrumen yang patuh syariah dan disaring oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) KWSP.
  • Akaun Konvensional KWSP – Pelaburan boleh merangkumi sektor konvensional dan tidak tertakluk sepenuhnya kepada prinsip patuh syariah.
cara tukar akaun konvensional ke akaun syariah kwsp

Beza Simpanan Simpanan Kovensional vs Shariah

Berikut adalah perbandingan utama antara kedua-dua akaun:

Tidak pasti sama ada akaun anda berstatus Shariah vs simpanan Konvensional? Ketahui daftar kwsp majikan secara online registration dengan mudah untuk memastikan simpanan anda sejajar dengan matlamat kewangan anda.

AspekAkaun Shariah KWSPAkaun Konvensional KWSP
Prinsip Pelaburan100% patuh syariahTidak patuh syariah sepenuhnya
Kadar DividenTidak dijamin, bergantung kepada prestasi pelaburan syariahDijamin minimum 2.5% setiap tahun
Majlis PenasihatDisaring oleh Majlis Penasihat Syariah KWSPTidak disaring
Pulangan PelaburanMungkin lebih rendah kerana pelaburan terhad kepada instrumen patuh syariahLebih luas kerana melibatkan pelbagai jenis pelaburan

Keburukan Simpanan Syariah KWSP

Walaupun Akaun ini menjamin pelaburan yang patuh syariah, ia mempunyai beberapa kekurangan seperti:

  • Pulangan Tidak Dijamin – Kadar dividen tidak mempunyai jaminan minimum seperti Akaun Konvensional.
  • Pilihan Pelaburan Terhad – Hanya boleh melabur dalam instrumen yang telah disaring oleh Majlis Penasihat Syariah, mengehadkan potensi keuntungan.
  • Tidak Boleh Tukar Balik ke Akaun Konvensional – Sekali pencarum bertukar jenis Akaun simpanan kwsp, mereka tidak boleh kembali ke Akaun Yang Asal.

Bagi ahli KWSP yang memerlukan dana dalam keadaan tertentu, perlu faham pengeluaran epf akaun 3 kwsp adalah penting untuk memastikan penggunaan simpanan dilakukan dengan bijak.

Kekurangan Akaun Konvensional KWSP

Akaun ini juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya:

  • Pelaburan Tidak Patuh Syariah – Dana mungkin dilaburkan dalam sektor yang tidak patuh syariah seperti perbankan konvensional dan perjudian.
  • Boleh Terjejas Dengan Perubahan Ekonomi – Walaupun dividen minimum dijamin, pulangan pelaburan masih bergantung kepada prestasi ekonomi global.
  • Kurang Keyakinan Dari Sudut Agama – Bagi pencarum Muslim, mungkin terdapat keraguan terhadap halal atau haramnya pulangan daripada Akaun Konvensional.

Cara Tukar Akaun Konvensional ke Syariah

Bagi pencarum yang ingin menukar simpanan Akaun Konvensional ke Akaun Shariah, berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Seperti biasa, pergi ke portal rasmi i akaun kwsp
  2. Pergi terus ke pilihan bahagian Profil dan pilih menu “Tukar ke Akaun Syariah”
  3. Sila baca terma dan syarat, kemudian anda perlu sahkan perubahan yang anda ingin lakukan
  4. Jika perlu, anda perlu pergi ke kaunter pejabat untuk tujuan pengesahan ibu jari
  5. Selepas itu pihak Kwsp sendiri akan memaklumkan kepada anda berapa tempoh diambil untuk perubahan tersebut melalui notifikasi di i-Akaun

Jika anda ingin mengakses akaun KWSP anda secara online untuk semak status atau menukar pilihan akaun, anda boleh log masuk dan kemaskini i akaun kwsp online

Soalan Lazim

1. Bolehkah saya tukar Akaun Syariah kembali ke Akaun Konvensional?

Tidak. Pertukaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

2. Adakah Akaun Syariah KWSP lebih untung berbanding Akaun Konvensional?

Bergantung kepada prestasi pelaburan patuh syariah, jadi ia tidak dijamin lebih tinggi atau lebih rendah.

Setiap caruman ke dalam KWSP, sama ada simpanan Akaun Shariah vs Konvensional, memainkan peranan penting dalam simpanan persaraan.

Ketahui lebih lanjut mengenai potongan kwsp mengikut gaji dan bagaimana ia memberi kesan kepada tabungan masa depan anda.

Kesimpulan

Dengan memahami perbezaan dan kelebihan setiap akaun, pencarum KWSP dapat membuat keputusan yang tepat sesuai dengan keperluan kewangan dan prinsip agama masing-masing.