Beli Rumah 2025 – Panduan Lengkap, Deposit & Pinjaman Perumahan

Tips dan Cara Beli Rumah Pertama termasuk proses untuk pilihan rumah subsale, Lelong, Projek Baru (under contruction)

Membeli rumah adalah proses mendapatkan pemilikan harta tanah sebagai tempat tinggal atau pelaburan.

Proses ini melibatkan beberapa langkah penting, termasuk memilih rumah, mendapatkan pinjaman, urusan undang-undang, dan akhirnya menerima kunci.

Rumah yang dibeli boleh dalam bentuk projek baru, rumah subsale (second-hand), atau rumah lelong.

cara beli rumah pertama

Proses untuk Beli Rumah Projek Baru (Under Contruction)

  1. Pilih Pemaju dan Projek Rumah: Cari pemaju yang dipercayai dan pilih projek perumahan yang sesuai dengan keperluan dan bajet.
  2. Semak Status Pemaju: Pastikan pemaju berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengelak risiko projek terbengkalai.
  3. Bayar Wang Tempahan: Biasanya, wang tempahan sebanyak 2%-3% daripada harga rumah perlu dibayar.
  4. Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA): Pemaju akan menyediakan SPA. Pastikan peguam anda meneliti dokumen sebelum menandatanganinya.
  5. Mohon Pinjaman Perumahan: Hantar permohonan pinjaman ke bank atau institusi kewangan pilihan anda.
  6. Dapatkan Insurans Rumah: Insurans rumah diperlukan untuk melindungi harta daripada risiko seperti kebakaran atau bencana alam.
  7. Bayaran Mengikut Progres Pembinaan: Bayar kepada pemaju berdasarkan progres pembinaan seperti yang ditetapkan dalam SPA.
  8. Pemeriksaan Akhir Rumah: Sebelum menerima kunci, buat pemeriksaan menyeluruh terhadap rumah untuk memastikan kualiti pembinaan.
  9. Terima Kunci: Setelah projek selesai dan segala dokumen lengkap, pemilik akan menerima kunci rumah.

Cara Beli Rumah Subsale dengan Owner Rumah

  1. Cari Rumah Subsale: Cari rumah subsale melalui ejen hartanah, portal perumahan, atau terus daripada pemilik.
  2. Periksa Status Rumah: Pastikan rumah bebas daripada hutang tertunggak, cukai taksiran, atau sebarang isu undang-undang.
  3. Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA): Sediakan SPA dengan bantuan peguam. Pastikan semua syarat dan butiran dipersetujui oleh pembeli dan penjual.
  4. Bayar Wang Pendahuluan: Wang pendahuluan biasanya 10% daripada harga rumah perlu dibayar kepada penjual.
  5. Mohon Pinjaman Perumahan: Hantar permohonan pinjaman ke bank pilihan.
  6. Proses Pemindahan Hak Milik: Peguam akan menguruskan proses pindah milik dengan Pejabat Tanah setelah pinjaman diluluskan.
  7. Bayar Duti Setem dan Yuran Guaman: Selesaikan pembayaran duti setem dan yuran guaman seperti yang ditetapkan.
  8. Terima Kunci Rumah: Setelah semua bayaran selesai, pembeli akan menerima kunci rumah daripada penjual.

Beza Proses Beli Rumah Lelong, Subsale, Under Construction

Di bawah ini dikongsikan cara beli rumah lelong vs subsale vs under construction projek baru

  • Rumah Subsale: Proses melibatkan penjual individu, pindah milik melalui peguam, dan semakan status rumah.
  • Rumah Lelong: Membeli melalui lelongan awam. Pembeli perlu bayar 10% deposit dan selesaikan baki dalam tempoh tertentu.
  • Rumah Projek Baru: Melalui pemaju. Bayaran mengikut progres pembinaan sehingga rumah siap.

5 Cara & Tips Beli Rumah Pertama

Di bawah ini kami kongsikan beberapa tips beli rumah pertama untuk pekerja swasta, penjawat awam

  1. Tentukan Bajet yang Realistik: Pastikan bajet sesuai dengan pendapatan dan kemampuan kewangan anda.
  2. Semak Status Rumah dan Pemaju: Elak membeli rumah daripada pemaju yang tidak berdaftar atau projek dengan isu terbengkalai.
  3. Gunakan Peguam Berpengalaman: Pastikan proses perjanjian jual beli dan pemindahan hak milik diuruskan oleh peguam bertauliah.
  4. Pilih Lokasi yang Strategik: Pilih kawasan dengan kemudahan lengkap seperti sekolah, hospital, dan pengangkutan awam.
  5. Bandingkan Pinjaman Perumahan: Bandingkan kadar faedah dan syarat pinjaman daripada beberapa bank.

Proses Beli Rumah Cash

1. Tips & Cara Beli Rumah Cash

  1. Pilih Rumah yang Sesuai: Tentukan rumah yang ingin dibeli dan bincang harga dengan penjual atau pemaju.
  2. Tandatangan SPA: Sediakan SPA dengan bantuan peguam dan bayar deposit.
  3. Bayar Jumlah Penuh: Selesaikan baki harga rumah dengan bayaran penuh.
  4. Proses Pemindahan Hak Milik: Peguam akan menguruskan pemindahan hak milik ke nama pembeli.
  5. Terima Kunci: Setelah semua proses selesai, pembeli akan menerima kunci.

2. Kelebihan Beli Rumah Cash

  • Tiada bebanan hutang atau faedah bank.
  • Penjimatan kos faedah dalam jangka masa panjang.
  • Proses lebih cepat kerana tidak perlu memohon pinjaman.
  • Pemilikan rumah sepenuhnya milik pembeli.
  • Mengurangkan risiko kehilangan rumah akibat kegagalan bayaran pinjaman.

Senarai Bantuan Kerajaan Semasa Beli Rumah

  1. Rumah Mesra Rakyat (RMR): Program untuk golongan berpendapatan rendah dengan subsidi pembinaan rumah.
  2. Rumah PPR: Rumah mampu milik untuk disewa atau dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.
  3. Rumah Selangorku: Inisiatif kerajaan Selangor untuk menyediakan rumah mampu milik.
  4. Rumah PR1MA: Rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan sederhana.
  5. Rumah Residensi Wilayah: Projek perumahan di Wilayah Persekutuan untuk golongan berpendapatan sederhana.
  6. Rumah PPAM:Perumahan Penjawat Awam Malaysia dengan harga lebih rendah.
  7. eRumah Johor: Sistem pendaftaran untuk rakyat Johor mendapatkan rumah mampu milik.
  8. Rumah Perakku: Program rumah mampu milik untuk rakyat Perak.

Contoh Kos Guaman Mengikut Harga Beli Rumah

Kos guaman untuk pembelian rumah bergantung kepada harga rumah, yuran guaman, dan duti setem.

Berikut adalah anggaran kos guaman untuk rumah dengan harga RM200,000 dan RM300,000:

1. Harga Rumah RM200,000

  • Yuran Guaman SPA: RM1500 – RM2000. Yuran guaman berdasarkan kadar tetap yang ditentukan oleh Akta Profesion Undang-Undang.
  • Duti Setem SPA: RM2000. Kadar duti setem untuk RM200,000 adalah 1%.
  • Yuran Guaman Pinjaman: RM1500 – RM2000. Dikenakan untuk perjanjian pinjaman jika pembeli menggunakan pinjaman bank.
  • Duti Setem Pinjaman: RM200. Kadar ditetapkan pada 0.5% daripada jumlah pinjaman.
  • Lain-Lain Kos: RM300 – RM500. Termasuk kos pendaftaran di Pejabat Tanah dan yuran disbursement.

Jumlah Anggaran Kos Guaman untuk Rumah RM200,000:
RM5500 – RM6700

2. Harga Rumah RM300000

  • Yuran Guaman SPA: RM2250 – RM3000. Mengikut kadar yang lebih tinggi berdasarkan harga rumah.
  • Duti Setem SPA: RM3000. Dikenakan pada kadar 1% untuk RM300,000.
  • Yuran Guaman Pinjaman: RM2000 – RM3000. Untuk penyediaan perjanjian pinjaman dengan institusi kewangan.
  • Duti Setem Pinjaman: RM300. Bersamaan dengan 0.5% daripada jumlah pinjaman.
  • Lain-Lain Kos: RM400 – RM600. Termasuk pendaftaran dan disbursement tambahan.

Jumlah Anggaran Kos Guaman untuk Rumah RM300,000:
RM7950 – RM9900

Nota Penting:

  • Kos guaman mungkin berbeza mengikut firma guaman dan lokasi rumah.
  • Kos tambahan seperti insurans kebakaran dan MRTT mungkin diperlukan jika menggunakan pinjaman bank.
  • Disarankan untuk mendapatkan sebut harga daripada beberapa firma guaman untuk membuat perbandingan.

Senarai Bantuan Kerajaan untuk Beli Rumah Pertama Tahun 2025

  1. Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara: Pinjaman pada kadar faedah rendah untuk pembeli rumah pertama.
  2. Rumah bantuan kerajaan: Boleh memilih mana-mana projek di bawah skim kerajaan. Di mana harga yang ditawarkan jauh lebih rumah.

Kemudahan Beli Rumah Guna KWSP Akaun 1

  • Pengeluaran Deposit: Membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan untuk bayaran deposit rumah.
  • Keluarkan Duit Kwsp Untuk bayaran Ansuran Bulanan: KWSP boleh digunakan untuk membayar ansuran pinjaman rumah.
  • Pengeluaran Sepenuhnya: Pencarum berumur 50 tahun ke atas boleh menggunakan KWSP untuk pembelian rumah.

Soalan Lazim

1. Berapa deposit untuk beli rumah?

Biasanya 10% daripada harga rumah.

2. Bolehkah beli rumah tanpa deposit?

Ya, melalui Skim Rumah Pertamaku atau dengan cara markup loan

3. Berapa lama proses beli rumah?

Proses boleh mengambil masa 3-6 bulan bergantung kepada jenis rumah.

4. Adakah kos guaman wajib?

Ya, kos guaman diperlukan untuk pemindahan hak milik.

5. Adakah boleh gunakan KWSP untuk beli rumah kedua?

Tidak, KWSP hanya untuk kemudahan apabila beli rumah pertama sahaja.

6. Apakah insurans diperlukan semasa book rumah?

Insurans kebakaran dan MRTA diperlukan untuk pinjaman rumah.

7. Bolehkah warga asing beli rumah di Malaysia?

Ya, tetapi tertakluk kepada syarat setiap negeri di Malaysia

8. Adakah harga rumah lelong lebih murah?

Biasanya lebih rendah tetapi memerlukan kos tambahan semasa proses pengubahsuaian dan renovate rumah

Kesimpulan

Membeli rumah adalah langkah besar dalam kehidupan yang memerlukan perancangan rapi.

Dengan memahami tips, cara beli, proses, memilih bantuan kerajaan, dan menggunakan kemudahan KWSP, anda boleh merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.

Pastikan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui portal rasmi kerajaan atau pemaju perumahan.