Best Credit Card Malaysia: Reward Hotel & Flight

Panduan Lengkap Best Credit Card Malaysia kumpul Reward untuk Claim Free Hotel & Flight Kad Kredit di Malaysia

Kad kredit kini menjadi alat kewangan yang penting untuk pelbagai keperluan harian hari ini.

Artikel ini akan menerangkan tentang jenis best credit card malaysia, cara memilih kad kredit terbaik, dan tips untuk memanfaatkannya.

Credit card adalah alat pembayaran yang membolehkan pemegangnya membuat pembelian atau pengeluaran tunai daripada bank.

Jenis kad kredit yang popular di Malaysia termasuk:

  • Kad kredit Reward: Menawarkan mata ganjaran untuk setiap pembelian.
  • Kad kredit Cashback: Memberikan pulangan wang tunai berdasarkan perbelanjaan tertentu.
  • Kad kredit Travel: Menyediakan manfaat seperti mata penerbangan dan penginapan percuma.
Best Credit Card Malaysia

Senarai Best Credit Card di Malaysia

Berikut adalah beberapa kad kredit terbaik untuk pelbagai keperluan berdasar pengalaman kami sendiri:

1. Credit Card UOB Privy Miles

Manfaat Utama:

  • 5X UNIRM untuk setiap RM1 dibelanjakan di luar negara dan pembelian berkaitan perjalanan.
  • 1.4 UNIRM untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dalam negara.
  • Tambahan 2000 UNIRM bulanan jika memenuhi kriteria perbelanjaan tertentu.

Cara Apply: Layari laman rasmi UOB di UOB Privy Miles dan Isi borang permohonan secara online.

Syarat Kelayakan: Pendapatan minimum RM150,000 setahun.

2. UOB Visa Infinite

Manfaat Utama:

  • 10X UNIRM untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dalam mata wang asing.
  • 5X UNIRM untuk setiap RM1 dibelanjakan di restoran tempatan dengan perbelanjaan minimum RM1,000.
  • 1X UNIRM untuk setiap RM1 dibelanjakan bagi pembelian tempatan lain.
  • UNIRM boleh ditebus untuk air miles, baucar beli-belah, dan lain-lain. Kadar penukaran: 12,000 UNIRM bersamaan 1,000 air miles.
  • Pemberian 50,000 UNIRM sebagai hadiah alu-aluan jika berbelanja RM5,000 dalam masa 60 hari selepas kelulusan kad.

Cara Apply: Kunjungi laman rasmi UOB di UOB Visa Infinite dan lengkapkan borang permohonan.

Syarat Kelayakan: Pendapatan minimum RM200,000 setahun.

3. Maybank Krisflyer American Express Platinum

Manfaat Utama:

  • 1 KrisFlyer Mile untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di Singapore Airlines, Scoot, dan KrisShop.
  • 1 KrisFlyer Mile untuk setiap RM2 yang dibelanjakan dalam talian atau di luar negara.
  • 1 KrisFlyer Mile untuk setiap RM2.50 yang dibelanjakan di Malaysia.
  • KrisFlyer Miles boleh ditebus untuk penerbangan percuma dan pelbagai manfaat lain.

Cara Apply: Kunjungi laman rasmi Maybank di Maybank Krisflyer.

Syarat Kelayakan: Pendapatan minimum RM80,000 setahun.

4. CIMB Travel World Elite Credit Card

Manfaat Utama:

  • 5X Mata Bonus CIMB untuk perbelanjaan berkaitan perjalanan.
  • Akses percuma ke lebih 1,000 lounge lapangan terbang.
  • Insurans perjalanan sehingga RM1 juta.

Cara Apply: Layari laman rasmi CIMB di CIMB Travel World Elite dan lengkapkan borang permohonan dalam talian.

Syarat Kelayakan: Pendapatan minimum RM250,000 setahun.

Kad Kredit Terbaik Berdasarkan Gaji

1. Gaji RM1500 – RM3000: Kad Maybank 2 Gold

Manfaat:

  • 5% cashback untuk perbelanjaan makan pada hujung minggu.
  • 1x TreatPoints untuk setiap RM1 dibelanjakan (tidak termasuk utiliti dan perkhidmatan kerajaan).
  • Tiada yuran tahunan seumur hidup.

Kelayakan: Pendapatan tahunan minimum: RM30,000 (atau RM2,500 sebulan).

Kenapa Sesuai: Menawarkan cashback dan ganjaran dengan syarat pendapatan yang rendah.

2. Gaji RM3000 – RM5000: Kad HSBC Visa Platinum

Manfaat:

  • 8% pulangan tunai untuk makan, barangan runcit, dan petrol.
  • Pelan ansuran tanpa faedah untuk pembelian besar.

Kelayakan: Pendapatan tahunan minimum: RM36,000 (atau RM3,000 sebulan).

Kenapa Sesuai: Menawarkan peratusan cashback yang tinggi untuk keperluan harian.

3. Kad Citi Cash Back Gaji RM3000

Manfaat:

  • 10% cashback untuk barangan runcit, makan, petrol, dan perkhidmatan Grab (tertakluk pada had).
  • Akses mudah ke pelan ansuran Citi PayLite.

Kelayakan: Pendapatan tahunan minimum: RM36000 (atau RM3000 sebulan).

4. Gaji Melebihi RM5000: Kad Maybank 2 Platinum

Manfaat:

  • 5x TreatPoints untuk setiap RM1 dibelanjakan untuk makan, perjalanan, dan transaksi luar negara.
  • Akses percuma ke lounge lapangan terbang.

Kelayakan: Pendapatan tahunan minimum: RM60,000 (atau RM5,000 sebulan).

Kenapa Sesuai: Direka khas untuk golongan pendapatan sederhana hingga tinggi yang mencari kelebihan setiap kali travel.

Cara Claim Reward Dengan Kad Kredit

1. Penginapan Percuma dengan Enrich Hotels

  1. Log masuk ke akaun Enrich di Enrich Hotels.
  2. Pilih hotel dan tarikh penginapan.
  3. Gunakan mata ganjaran untuk menempah.

2. Penerbangan Percuma dengan KrisFlyer

  1. Log masuk ke akaun KrisFlyer di Singapore Airlines.
  2. Pilih destinasi dan tarikh penerbangan.
  3. Tebus mata ganjaran KrisFlyer untuk penerbangan percuma.

5 Tips Untuk Apply Kad Kredit Supaya Senang Lulus

  1. Semak Syarat Kelayakan: Pastikan pendapatan anda memenuhi kriteria yang ditetakan bank.
  2. Perbaiki Skor Kredit: Pastikan tiada rekod buruk dalam laporan kredit anda.
  3. Sediakan Dokumen Lengkap: Sertakan penyata bank dan slip gaji terkini.
  4. Pilih Kad Kredit Sesuai Dengan Gaji: Mohon credit card yang sesuai dengan pendapatan bulanan anda.
  5. Elak Permohonan Serentak: Memohon terlalu banyak kad serentak boleh menjejaskan peluang anda.

Soalan Lazim

1. Apakah faedah dan kelebihan utama memiliki kad kredit? 

Ganjaran, cashback, dan insurans perjalanan.

2. Adakah pendapatan minimum ditetapkan untuk memohon kad kredit? 

Ya, setiap bank ada menetapkan syarat pendapatan minimum.

3. Bagaimana cara untuk saya semak baki kad kredit? 

Gunakan aplikasi perbankan mudah alih atau penyata bulanan.

4. Berapakah penalti untuk pembayaran lewat?

Caj tambahan dan kadar faedah lebih tinggi dikenakan.

5. Berapa had kredit pada credit card anda?

Jumlah maksimum yang boleh digunakan berdasarkan profil kewangan anda dan ditetapkan sendiri oleh pihak bank.

6. Adakah saya perlu membayar yuran tahunan kad kredit?

Sesetengah kad mengenakan yuran tahunan.

7. Bagaimana mengelakkan dikenakan kadar faedah yang tinggi?

Bayar baki penuh sebelum keluar tarikh akhir penyata kad kredit.

8. Adakah kad kredit selamat digunakan?

Ya, jika digunakan dengan langkah keselamatan seperti OTP.

9. Bolehkah saya membatalkan kad kredit? 

Ya, melalui permohonan rasmi kepada bank.

Kesimpulan

Memilih kad kredit yang sesuai boleh membantu anda menjimatkan wang dan dalam pada masa sama mendapatkan mata ganjaran.

Pastikan anda memahami syarat kelayakan dan faedah bagi setiap kad kredit sebelum memohon.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi bank atau penyedia kad kredit pilihan anda.