Cara isi borang kemaskini str 2025 online atau cara update maklumat berkahwin di kaunter mystr lhdn sebelum tarikh tutup sumbangan tunai rahmah yang diumumkan.
Proses memperbaharui maklumat penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi memastikan data terkini digunakan.
Kemaskini maklumat diperlukan apabila terdapat perubahan dalam status peribadi, seperti perkahwinan, kelahiran anak, atau kematian ahli keluarga.
Kandungan Penting:
Cara Isi Borang Kemaskini STR 2025 Online di Portal Lhdn
- Anda pergi terus ke link link kemaskini bantuan rahmah melalui pautan ini, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Jika anda lihat menu ““Kemaskini Maklumat” terus klik
- Seperti biasa, isikan butiran no ic anda dan password
- Ada bahagian butiran maklumat yang anda boleh pilih untuk anda kemaskini maklumat yang terkini.
- Kemudian, upload dokumen penting yang dikehendaki untuk pengesahan butiran yang anda kemaskini
- Anda semak semula maklumat dan hantar borang kemaskini online
Selepas kemaskini maklumat STR, anda boleh menyemak jadual bayaran str 2025 untuk memastikan butiran pembayaran terkini.
Cara Update Str di Kaunter LHDN
- Cara kemaskini str di lhdn boleh dilakukan dengan terus pergi ke mana-mana pejabat LHDN yang berdekatan dengan anda.
- Bawa dokumen sokongan seperti semakan kad pengenalan, sijil kahwin, atau surat beranak.
- Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil.
- Berikan dokumen anda kepada pegawai bertugas untuk semakan.
- Pegawai akan membantu anda mengisi borang lhdn str kemaskini dan memproses perubahan maklumat.
- Pastikan anda menyimpan resit atau salinan borang yang diberikan sebagai bukti update str.
Pastikan maklumat anda kemas kini sebelum hantar rayuan str 2025 bagi mengelakkan kesilapan teknikal dalam permohonan.
Syarat Kemaskini STR 2025
Pemohon seperti anda sudah pastinya perlu mematuhi syarat asas termasuk julat gaji dan umur yang telah pun ditetapkan oleh pihak lhdn.
Jika anda lepas, barulah anda layak untuk terus proses kemaskini.
Siapa Perlu Buat Kemaskini Str?
Kemaskini perlu dilakukan oleh anda jika sudah ada perubahan maklumat yang telah anda hantar melalui permohonan sebelum ini.
Ini termasuk jika anda sudah pun berkahwin, bercerai, atau kehilangan pasangan.
Selain itu, jika anda mempunyai bilangan anak yang telah bertambah, berpindah dan berubah alamat rumah, menukar akaun bank yang baru, atau mengalami perubahan pendapatan memerlukan anda melakukan kemaskini bagi memastikan maklumat terkini direkodkan.
Bila Tarikh Kemaskini Str 2025
Tempoh & Tarikh update str 2025 biasanya diumumkan oleh kerajaan melalui media rasmi.
Proses kemaskini online atau di kaunter dijangka bermula pada 19 Oktober 2024.
Penerima str lhdn dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman terkini bagi mengelakkan terlepas tarikh penting ini.
Apa Berlaku Jika Tak Buat Update STR?
Jika anda tidak kemaskini maklumat, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku.
Antara akibatnya ialah maklumat lama digunakan untuk penilaian kelayakan, boleh menyebabkan permohonan anad akan ditolak.
Selain itu, bayaran mungkin tertangguh atau tidak disalurkan langsung.
Oleh itu, kemaskini str adalah penting bagi memastikan bantuan diterima tanpa gangguan.
Bila Tarikh Tutup
Untuk kemaskini STR 2025 tarikh tutup adalah pada 30 November 2024.
Tarikh tutup kemaskini sangat penting untuk memastikan semua data dapat diproses tepat pada masanya.
Jika anda tidak mengemaskini maklumat sebelum tarikh tutup kemaskini sumbangan tunai rahmah, bantuan anda mungkin ditolak.
Pastikan anda isi dan melengkapkan borang kemaskini maklumat permohonan sebelum tarikh akhir update.
Senarai Kemaskini Maklumat Str Terkini
Antara maklumat yang wajib anda kemaskini termasuk status perkahwinan terkini, jumlah anak atau tanggungan, pendapatan bulanan terkini, dan nombor akaun bank yang masih aktif.
Selain itu, alamat tempat tinggal dan maklumat pekerjaan seperti nama majikan juga perlu anda update str jika berlaku sebarang perubahan.
Kemaskini maklumat adalah wajib jika terdapat tambah dan perubahan pemberian bantuan rahmah dalam perkara berikut:
Selain sumbangan tunai rahmah 2025, pastikan juga status penerimaan bantuan lain melalui sara 2025 semakan status untuk mengetahui kelayakan program bantuan tunai yang lain.
- Cara Kemaskini str online dari status bujang Kepada Berkahwin: Bagi yang telah berkahwin, update status ini untuk kelayakan mendapat bantuan tambahan untuk keluarga tahun 2025.
- Kemaskini Status Perkahwinan Kepada Ibu Tunggal Atau Duda: Jika anda menjadi ibu tunggal atau duda, update status str berkahwin ini dengan lhdn untuk memastikan kelayakan anda dikira dengan betul.
- Kemaskini Maklumat Anak: Masukkan maklumat anak baru lahir untuk melayakkan anda mendapat bantuan tambahan.
- Kemaskini Alamat: Pastikan alamat terkini dikemaskini untuk memastikan komunikasi daripada pihak kerajaan tidak terputus.
- Kemaskini Pendapatan: Maklumat pendapatan terkini diperlukan untuk mengira kelayakan anda menerima bantuan.
Kami sarankan juga anda semak beberapa kali semasa proses kemaskini maklumat dilakukan bagi memastikan kesemua data ini tepat.
SUMBER RASMI: MOF
Bagi penerima yang mengalami masalah dokumen pengenalan, mereka boleh merujuk kepada semakan bantuan mykad madani untuk memahami proses mendapatkan dokumen yang diperlukan
Kemaskini str online adalah penting untuk memastikan bantuan diterima tanpa sebarang masalah. Pastikan anda melengkapkan proses ini tepat pada masanya.
- Selain STR, penerima yang berkelayakan juga boleh menyemak status bantuan lain seperti semakan bmt 2025 bagi mereka yang bekerja dalam sektor perladangan dan pertanian.
Cara Tukar Nombor Telefon Str Jika Tidak Aktif
Untuk kemas kini nombor telefon yang terbaru, anda hanya perlu hadir ke Pejabat LHDN dengan membawa MyKad dan dokumen sokongan.
Kemas kini ini tidak boleh dilakukan secara online kerana melibatkan pengesahan identiti bagi tujuan keselamatan.
Soalan Lazim
1. Adakah Perlu Kemaskini Jika Tiada Perubahan Maklumat?
Anda sama sekali tidak diwajibkan untuk update jika tiada sebarang perubahan maklumat peribadi, status perkahwinan, jumlah tanggungan atau pendapatan.