Cara Permohonan & Semakan Maidam 2025 Bantuan zakat Terengganu online untuk pelajar ipt
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ada menawarkan insentif untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya, dan mereka yang memerlukan bantuan.
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ada menawarkan bantuan keistimewaan oku yang memerlukan sokongan kewangan

Kandungan Penting
Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM Online
Permohonan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah:
1. Permohonan Secara Online: Layari portal rasmi di https://www.maidam.gov.my
- Pilih kategori bantuan yang ingin dipohon.
- Isikan borang permohonan dengan lengkap.
- Sila kongsikan dokumen yang diperlukan
- Hantar permohonan untuk proses semakan.
2. Permohonan di Kaunter: Hadir ke pejabat terdekat.
- Sila sediakan dokumen secara fizikal untuk ditunjukkan kepada pegawai bertugas
- Lengkapkan borang permohonan secara manual.
- Pegawai yang bertugas semakan.semua dokumen yang telah anda serahkan
Syarat Kelayakan Bantuan Terengganu
Syarat kelayakan bantuan bergantung kepada jenis bantuan yang dimohon, tetapi secara umum syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
- Bermastautin di Terengganu.
- Tergolong dalam golongan asnaf seperti fakir, miskin, mualaf, atau individu yang memerlukan.
- Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan).
Golongan berpendapatan rendah juga boleh cuba dapatkan insentif ini, syarat sumbangan asas rahmah untuk meringankan beban sara hidup.
Dokumen Mohon Zakat Terengganu
Untuk memohon bantuan, pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan tanggungan.
- Salinan surat nikah atau sijil kelahiran anak (jika berkaitan).
- Sediakan surat pengesahan pendapatan ataupun boleh juga Penyata pendapatan
- Bil utiliti terkini (bil elektrik atau air).
- Dokumen sokongan lain seperti surat sokongan penghulu, ketua kampung atau pihak berkuasa tempatan.
Senarai Bantuan MAIDAM Terengganu
Berikut adalah beberapa bantuan zakat maidam terengganu yang ditawarkan:

Selain itu ia turut membantu keluarga miskin yang mempunyai anak bersekolah dengan memberikan bantuan pendidikan seperti Bantuan Awal Persekolahan 2025 – BAP 2025, Borang & Semakan.
- Bantuan Sara Hidup Asnaf Fakir & Miskin
- Bantuan Perubatan & Kesihatan
- Bantuan Maidam Pendidikan Zakat (biasiswa, yuran sekolah, bantuan ipt universiti)
- Bantuan Perumahan Asnaf (baik pulih rumah, bina rumah baharu)
- Bantuan Perniagaan & Modal Usahawan Asnaf
- Bantuan Musibah & Bencana
- Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal
- Bantuan Anak Yatim & Asnaf Mualaf
- Bantuan Kecemasan & Insentif Khas
- Bantuan ramadhan yang boleh anda cuba mohon dan apply
Menjelang bulan puasa, mereka turut menyalurkan bantuan awal Ramadhan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di Terengganu.
Selain bantuan pendidikan, individu yang layak juga boleh memohon bantuan jkm 2025 untuk sokongan tambahan.
Semakan MAIDAM 2025
Pemohon boleh buat semakan status permohonan bantuan secara online melalui langkah berikut:
- Akses ke portal rasmi dan pergi tekan di menu “Semakan Bantuan”.
- Sila isikan Nombor Kad Pengenalan atau boleh juga masukkan nombor rujukan permohonan anda.
- Status permohonan akan dipaparkan sama ada anda dapat keputusan Lulus, Dalam Proses, atau Ditolak.
Bagi keluarga miskin yang masih belum berdaftar, mereka boleh menyemak status mereka dalam sistem semakan ekasih untuk mendapatkan bantuan kerajaan yang bersesuaian.
Soalan Lazim
1. Bolehkah bukan Islam memohon bantuan?
Tidak, bantuan ini khusus untuk umat Islam sahaja.
2. Adakah bantuan MAIDAM zakat terengganu diberikan kepada pelajar ipt universiti?
Ya, terdapat bantuan pendidikan zakat untuk pelajar IPTA/IPTS.
Kesimpulan
Bantuan baitulmal terengganu ini merupakan inisiatif penting dalam membantu golongan yang memerlukan di Terengganu.
Dengan pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan, golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, dan pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan, perubatan, dan pendidikan di negeri Terengganu.