MyBayar Saman Pdrm – Cara & Tempat Bayaran Online

Cara bayar saman polis diraja malaysia online guna pilihan sistem bayaran di portal mybayar saman pdrm polis diraja malaysia dengan mudah dan senang

Panduan mudah untuk bayar saman polis online guna MyBayar portal, bayaran di mySIKAP, MyEG. Langkah mudah untuk anda dan orang lain.

Bayar kompaun polis trafik kini lebih mudah dengan kemudahan pembayaran secara online tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Proses pembayaran bagi memastikan pemandu mematuhi undang-undang dan mengelakkan tindakan lanjut seperti penggantungan lesen.

Artikel ini akan menerangkan kaedah bayar saman trafik PDRM dengan cepat dan selamat, termasuk platform rasmi yang tersedia, kaedah pembayaran, serta tarikh promosi diskaun saman.

cara mybayar saman pdrm online

Kenapa Perlu Bayar Saman dengan Segera?

  • Mengelakkan penalti tambahan – Saman yang tidak dibayar dalam tempoh bayar saman tertentu boleh dikenakan caj tambahan atau tindakan mahkamah.
  • Tidak disenarai hitam – Jika saman tidak diselesaikan, anda mungkin tidak dapat memperbaharui cukai jalan (roadtax) dan lesen memandu.
  • Memanfaatkan diskaun saman – Setiap tahun, PDRM dan JPJ menawarkan diskaun saman hingga 80% bagi pembayaran dalam tempoh tertentu.

Oleh itu, bayar lebih awal dapat menjimatkan kos dan mengelakkan kesulitan di masa hadapan.

  • Sebelum membuat pembayaran, semak dahulu diskaun saman terkini untuk dapatkan potongan harga rasmi.

Bayar Saman Secara Online JPJ PDRM & AES (Trafik)

PDRM menyediakan portal MyBayar PDRM untuk memudahkan pembayaran secara online dan tanpa caj tambahan.

1. Aplikasi MyBayar Saman

  • Layari portal rasmi, https://rmp.gov.my
  • Log masuk akaun (Jika belum daftar, buat pendaftaran mybayar saman untuk akaun baharu).
  • Klik “Semak” untuk melihat jumlah yang perlu dibayar.
  • Pilih saman yang ingin anda bayar saman kompaun online dan klik “Bayar Sekarang”.
  • Pilih kaedah pembayaran (FPX online banking / kad debit / kad kredit).
  • Terima resit bayaran secara automatik dan simpan untuk rujukan.

Sebelum anda bayar saman trafik online melalui mybayar, pastikan anda semak saman PDRM anda secara online untuk mengetahui jumlah saman yang tertunggak.

2. Bayaran Saman di MyEG Online

  1. Layari Laman MyEG: Pergi ke www.myeg.com.my dan log masuk ke akaun anda.
  2. Pilih Perkhidmatan PDRM: Pilih menu “Bayaran Saman” di bawah PDRM.
  3. Masukkan Maklumat: Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan untuk menyemak berapa saman yang ada.
  4. Pilih Saman untuk bayaran saman pdrm online: Senarai saman akan dipaparkan. Tandakan saman yang ingin anda lakukan online payment.
  5. Lengkapkan Pembayaran: Klik “Bayar Sekarang” dan pilih kaedah pembayaran yang disediakan, seperti FPX atau kad kredit.
  6. Simpan Resit: Setelah anda berjaya bayar secara online, cetak atau simpan resit sebagai bukti.

Selain MyBayar Saman online, aplikasi MyJPJ Login & Semakan 2025 – Bayar Saman & Renew Roadtax juga menyediakan pelbagai kemudahan digital untuk pemilik kenderaan.

Cara Bayar di Kaunter Bayaran Saman Trafik

  1. Kunjungi Kaunter pembaaran saman pdrm: Pergi ke mana-mana balai polis trafik terdekat.
  2. Bawa Dokumen Berkaitan: Bawa kad pengenalan dan dokumen kenderaan seperti cukai jalan atau nombor plat kenderaan.
  3. Semak dengan Pegawai: Minta pegawai bertugas menyemak berdasarkan nombor IC atau plat kenderaan.
  4. Lakukan Pembayaran: Bayar secara tunai, kad debit, atau kad kredit di kaunter.
  5. Dapatkan Resit: Simpan resit rasmi sebagai bukti pembayaran.
  6. Sahkan Pembayaran: Pastikan semua saman telah diselesaikan sebelum meninggalkan kaunter.

Ada banyak kaedah bayar saman samada denda parking, lampu isyarat, speed trap atau lain.

Pilih tempat bayar saman pdrm di mana yang anda selesa.

Berikut adalah kaedah bayar saman secara rasmi melalui portal PDRM, JPJ, dan perkhidmatan pihak ketiga.

5 Sebab Anda Patut Bayar Saman Segera

  1. Tidak Perlu Beratur – Jimat masa tanpa perlu hadir ke kaunter.
  2. Mengelakkan Senarai Hitam – Jika tidak bayar, lesen & roadtax mungkin disekat.
  3. Dapatkan Diskaun Saman – Manfaatkan promosi diskaun jika ada.
  4. Elak Kenaikan Bayaran – Bayaran saman boleh meningkat jika lewat dibayar.
  5. Mudah Simpan Rekod – Resit digital memudahkan rujukan di masa hadapan.

Beberapa saman perlu diselesaikan sebelum anda Renew Lesen Memandu 2025 – JPJ, Harga & Permohonan Online secara online.

Soalan Lazim

1. Bolehkah Saya Bayar Secara Ansuran?

Tidak, semua saman perlu dibayar sepenuhnya untuk mengelakkan denda tambahan.

2. Adakah Portal ini Selamat untuk Bayaran Saman pdrm?

Ya, MyBayar menggunakan sistem keselamatan tinggi untuk melindungi data pengguna.

3. Bolehkah Saman Lama Dibayar Melalui Portal?

Ya, saman lama juga boleh dibayar secara online jika masih dalam rekod.

4. Adakah Bayaran Online Tertakluk kepada Caj Tambahan?

Beberapa platform mungkin mengenakan caj pemprosesan kecil bergantung pada kaedah pembayaran.

5. Bolehkah bayar saman untuk orang lain

Ya, asalkan mereka mempunyai maklumat seperti nombor IC atau plat kenderaan anda. Cara bayar saman pdrm online untuk orang lain

6. Apa Berlaku Jika Saya Tidak Lunaskan Pembayaran kompaun?

Lesen atau cukai jalan anda mungkin disekat untuk anda renew sehingga saman diselesaikan.

7. Apa lagi senarai tempat bayar saman polis trafik

Pembayaran saman polis boleh dilakukan di beberapa lokasi rasmi seperti cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kiosk MyEG, Pejabat Pos Malaysia, serta secara online melalui Mysaman pdrm portal.

Kesimpulan

Harap terjawab sudah persoalan saman polis diraja malaysia bayaran di mana.

Membayar saman secara online kini lebih mudah, cepat dan selamat.

Dengan portal rasmi seperti MyBayar, JPJ, MyEG & MyJPJ, pengguna bayar saman tanpa perlu hadir ke kaunter.

Jangan tunggu sehingga saman meningkat! Segera buat bayaran komaun polis trafik secara online untuk mengelakkan penalti tambahan dan sekatan lesen.