Semakan Mykasih Sara 2025 (Check Status)

Cara semakan mykasih sara 2025 untuk semak status kelayakan guna ic atau mykad anda!

Sekarang penerima yang layak boleh status semak mykasih sara secara online atau di kaunter terpilih. Mana-mana yang memudahkan penerima seperti anda.

Artikel ini menyediakan panduan lengkap tentang cara semakan status, kadar bantuan yang diterima, jumlah penerima terkini, serta kelebihan tersenarai dalam sistem.

semakan mykasih sara 2025 online

Cara Semakan MyKasih SARA 2025 Online

Semakan status MyKasih SARA 2025 online boleh dilakukan terus melalui portal rasmi yang sediakan sekarang ini.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor MyKad untuk mendapatkan pengesahan sama ada anda layak menerima bantuan asas SARA atau tidak.

Portal ini disediakan bagi memudahkan penerima semak status bantuan tanpa perlu hadir ke mana-mana kaunter secara fizikal.

BACA SINI >> Pastikan anda sudah daftar mykasih online sila buat sekarang!

Sara 2025 Semakan Status MyKasih di Kaunter

Bagi mereka yang tidak mempunyai capaian internet atau menghadapi masalah semasa buat semak online, semakan boleh dibuat di kaunter bantuan atau Pusat Khidmat Masyarakat berhampiran guna ic anda.

Pegawai bertugas akan membantu anda melakukan semakan status kelayakan guna nombor kad pengenalan / ic / mykad dan maklumat dalam sistem eKasih dan STR.

Apa Maksud Status Tiada Rekod Ditemui Dalam Semakan MyKasih

Status “Tiada Rekod Ditemui” dalam semakan MyKasih bermaksud maklumat anda tidak tersenarai dalam sistem sebagai penerima bantuan semasa semakan dilakukan.

Ia sering berlaku apabila individu belum didaftarkan secara automatik oleh LHDN melalui program STR atau tidak layak menerima bantuan berdasarkan tapisan kelayakan semasa.

Antara punca utama status ini muncul ialah:

  • Maklumat peribadi tidak sepadan dengan rekod rasmi seperti MyKad atau nombor akaun bank.
  • Pemohon belum lulus STR atau tiada rekod aktif dalam sistem eKasih.
  • Permohonan STR masih dalam proses semakan dan belum dikemaskini di sistem.
  • Sistem sedang dikemaskini atau mengalami gangguan capaian.

Jika anda menerima status ini, disarankan untuk:

  1. Semak semula status STR di portal rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my).
  2. Pastikan maklumat eKasih anda aktif dan tepat.
  3. Cuba semak semula selepas beberapa hari kerana kemas kini status dilakukan secara berperingkat.

Status “Tiada Rekod Ditemui” tidak semestinya bermaksud anda gagal secara kekal.

Ia mungkin bersifat sementara bergantung kepada fasa bayaran semasa dan proses kemas kini data oleh pihak berwajib.

Jika selepas beberapa percubaan status masih sama, anda boleh hubungi talian bantuan atau kunjungi LHDN berhampiran untuk maklumat lanjut.

Cara Semak Baki Mykasih SARA Dalam Mykad

Penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh semak baki bantuan mereka melalui beberapa kaedah rasmi.

Semakan bantuan sara rahmah ini penting bagi memastikan jumlah baki yang masih tersedia untuk digunakan.

  1. Portal MyKasihLayari laman rasmi dan log masuk menggunakan nombor MyKad.
  2. Aplikasi – Muat turun aplikasi dan periksa baki bantuan secara terus melalui telefon pintar.
  3. Pasar Raya Terpilih – Check dan Semak baki SARA 2025 di kaunter pembayaran kedai atau pasar raya yang bekerjasama dengan program ini.

Pastikan baki sentiasa mencukupi sebelum melakukan pembelian bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa pembayaran.

Jumlah Penerima Bantuan MyKasih 2025

Pada tahun 2025, seramai 5.4 juta penerima telah berjaya masuk dalam senarai yang layak untuk menerima bantuan.

Ini termasuk penerima bagi kategori seperti isi rumah miskin tegar, warga emas tiada pasangan dan bujang yang tersenarai dalam sistem STR dan eKasih.

Daripada jumlah ini, senarai 700 ribu merupakan penerima kategori eKasih dan selebihnya melibatkan penerima STR sahaja.

Kadar Bantuan

Check kadar bantuan SARA 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima dan tempoh bayaran.

  1. Isi rumah yang tersenarai dalam STR dan eKasih akan menerima RM100 sebulan dari Januari hingga Mac 2025, dan RM200 sebulan dari April hingga Disember 2025, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,100.
  2. Begitu juga, untuk warga emas tanpa pasangan dalam kategori sama menerima RM100 sebulan dari Januari hingga Mac, dan RM150 sebulan dari April hingga Disember, dengan jumlah keseluruhan RM1,650.
  3. Manakala Bujang pula menerima RM50 setiap bulan sepanjang tahun, berjumlah RM600.
  4. Penerima STR sahaja akan menerima kadar lebih rendah iaitu RM100 (isi rumah) dan RM50 (warga emas) bermula April 2025.

Kadar yang lebih lengkap boleh rujuk gambarajah di bawah ini:

check status mykasih 2025

Semak Sara 2025 Cara Pemberian Bantuan

Bantuan ini sama sekali tidak diberikan dalam bentuk tunai.

Sebaliknya, amaun bulanan dikreditkan ke dalam sistem MyKad penerima.

Amaun yang diberikan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasar raya terpilih seperti Mydin, Lotus’s, Econsave dan kedai runcit berdaftar menggunakan ic atau mykad anda.

Transaksi boleh dilakukan secara automatik menggunakan MyKad sebagai pengesahan di kaunter pembayaran.

Kelebihan Masuk Senarai Nama Penerima MyKasih

Jika nama anda masuk dalam senarai penerima MyKasih, ia membolehkan anda menerima bantuan secara tetap tanpa perlu hantar permohonan berulang kali.

Sekali sahaja hantar, lulus dan boleh terus dapat bantuan setiap bulan.

Selain itu, penerima yang masih aktif dalam sistem lebih memudahkan agensi kebajikan atau kerajaan negeri menyalurkan bantuan tambahan jika perlu di masa akan datang.