Senarai had limit Pengeluaran Asb dan Cara Keluarkan Duit Online, di kaunter bank, pejabat pos
Pengeluaran Amanah Saham Bumiputera (ASB) tanpa buku ialah proses membolehkan pelabur mengakses dana simpanan mereka yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Anda keluarkan asb untuk pelbagai tujuan seperti pembayaran keperluan harian, pembelian aset, pelaburan baru, atau kecemasan.
Wang ini boleh dikeluarkan secara online atau melalui kaunter bank yang diiktiraf.
Pengeluaran ASB online membolehkan pelabur menggunakan simpanan mereka untuk keperluan peribadi atau pelaburan lain lebih mudah.
- Ketahui syarat dan cara pengeluaran kwsp akaun 1 yang boleh digunakan untuk pelaburan ASB.

Kandungan Penting:
Cara Pengeluaran Asb Online
- Muat Turun Aplikasi MyASNB: Muat turun aplikasi MyASNB daripada App Store (iOS) atau Google Play (Android).
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa pendaftaran akaun MyASNB.
- Setelah log masuk, pilih akaun ASB yang ingin dikeluarkan wangnya. Pastikan jumlah dalam akaun mencukupi.
- Tetapkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan. Pengguna boleh memilih jumlah minimum RM100 atau lebih, tertakluk kepada baki.
- Sahkan transaksi dengan menggunakan kod OTP (One-Time Password) yang dihantar ke telefon berdaftar.
- Simpan resit digital yang diberikan selepas transaksi selesai. Resit ini penting untuk rujukan di masa hadapan.
Sebelum anda buat sebarang pengeluaran, pastikan anda semak dividen asb 2025 terkini bagi mengetahui jumlah keuntungan yang diperoleh.
Boleh Keluar ASB Online di Portal MyASNB
Ya, portal MyASNB menyediakan kemudahan keluar secara online.
Pengguna perlu mendaftar akaun di MyASNB untuk memanfaatkan perkhidmatan ini.
Portal ini membolehkan pelabur membuat pengeluaran tanpa perlu hadir ke bank.
Untuk kemudahan pengeluaran tanpa perlu ke kaunter, pengguna boleh melakukan transaksi Untuk transaksi pelaburan dan semakan baki, sila login ASB Online melalui MyASNB yang menyediakan perkhidmatan pemindahan dana ke akaun bank yang didaftarkan.
Cara Keluarkan Duit Asb Online Selain di Kaunter Maybank
Bagaimana cara nak keluarkan duit asb online melalui maybank
- Pergi ke laman Maybank2u menggunakan komputer atau aplikasi mudah alih untuk log masuk
- Dalam menu utama, klik pada tab ‘Investment’ dan cari pilihan Amanah Saham Bumiputera (ASB Online).
- Pilih akaun asb yang ingin dikeluarkan wang. Pastikan nombor akaun yang dipilih adalah tepat.
- Tetapkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan. Boleh masukkan jumlah minimum atau mengeluarkan hampir keseluruhan baki, tertakluk baki minimum RM10.
- Sahkan transaksi dengan menggunakan Secure2u atau OTP yang dihantar ke telefon anda.
- Selepas transaksi berjaya, simpan resit transaksi untuk rekod anda sendiri di kemudian hari.
Jika memerlukan dana segera, pertimbangkan pilihan cara keluarkan kwsp akaun 3 yang ada ditawarkan pada ketika ini.
Pengeluaran Asb di Pejabat Pos?
Buat masa ini, pejabat pos tidak menyediakan pilihan perkhidmatan pengeluaran wang asb. Apatah lagi ambil duit asb di pejabat pos.
Pengeluaran hanya boleh dilakukan melalui bank yang diiktiraf atau portal myasnb. Ini kerana asnb telah mula hentikan semua waktu urusan asb di pejabat pos untuk tujuan pengeluaran di kaunter.
NOTA: Tiba-tiba teringat dahulu pernah buat beberapa urusan transaksi, pengeluaran asb di pejabat pos pada hari sabtu sebelum ada portal myasnb online.
Punca ASB Tak Boleh Keluar Duit
- Akaun Tidak Aktif: Pastikan akaun ASB anda masih aktif.
- Had Pengeluaran: Anda mungkin telah melebihi had pengeluaran yang ditetapkan.
- Kesalahan Maklumat: Maklumat akaun tidak lengkap atau salah.
- Gangguan Sistem: Sistem bank atau portal mungkin mengalami gangguan teknikal.
Untuk pengguna baru, rujuk panduan cara nak buka akaun asb bagi memahami cara buka dan urus akaun pelaburan anda
Cara Transfer Duit Maybank ke Asb
- Log Masuk MyASNB dan pilih Akaun ASB untuk anda transfer. Pastikan akaun anda aktif dan mempunyai baki mencukupi.
- Dalam bahagian pemindahan dana, masukkan nombor akaun Maybank penerima. Pastikan nombor akaun adalah tepat untuk mengelakkan kesilapan.
- Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan ke akaun Maybank. Pastikan jumlah yang dimasukkan tidak melebihi asb online withdrawal limit setiap hari.
- Sahkan transaksi ini guna OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda.
- Sistem akan memaklumkan sama ada transaksi berjaya. Seperti biasa anda perlu simpana rekod transaksi untuk rujukan anda.
Cara Transfer Dari Asb Ke Maybank
- Log Masuk Portal Bank: Log masuk ke portal bank seperti Maybank2u atau CIMB Clicks.
- Pilih Transfer Duit Asb ke Maybank: Klik pada pilihan ‘Transfer’ dan cari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
- Masukkan Nombor Akaun ASB: Masukkan nombor akaun ASB yang ingin dimasukkan wang.
- Tetapkan Jumlah: Masukkan jumlah wang yang ingin withdraw asb maybank untuk didepositkan.
- Sahkan Transaksi: Pastikan transaksi keluar asb ke maybank disahkan untuk pemindahan berjaya.
Asb Boleh Keluar Bila 2025 Selepas Pengumuman Dividen
Ramai yang bertanya, bila boleh buat pengeluaran melalui asnb online tahun 2025 setelah dividen diumumkan
Pengeluaran biasanya dibuka sehari selepas pengumuman dividen tahunan.
Untuk tahun 2025, dividen dijangka diumumkan pada akhir Disember.
Pelabur boleh membuat pengeluaran mulai awal Januari 2025.
- Bandingkan pulangan simpanan anda dengan dividen tabung haji 2025 berapa peratus sebelum membuat keputusan pelaburan.
Senarai Pengeluaran Asb di Bank
Ada banyak pilihan bank untuk cara keluarkan duit asb di kaunter bank maybank, cimb, BSN, RHB Bank, Affin Bank, Ambank, Bank Islam, Hong Leong, Bank Muamalat.
- Pengeluaran asnb Maybank
- Pengeluaran asb di bank CIMB juga menjadi pilihan utama untuk urusan di kaunter
- RHB Bank
- Affin Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
Ada banyak bank yang boleh keluarkan asb sebenarnya. Pilih mana yang memudahkan anda.
ASB Online Withdrawal Berapa Hari
Tempoh pengeluaran Asb withdrawal 2025 secara online biasanya mengambil masa 1 hingga 2 hari bekerja untuk wang dimasukkan ke akaun bank penerima.
Bolehkah Keluarkan Duit ASB Anak?
Ya, ibu bapa atau penjaga boleh mengeluarkan duit anak dengan syarat mempunyai dokumen sokongan seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan anak.
Limit & Had Pengeluaran Asb di Kaunter & Myasnb
Untuk makluman anda, tiada asb withdrawal limit dan had pengeluaran asb di kaunter.
Namun, jika anda mahu keluarkan duit asb secara online melalui myasnb, had limit asb yang diberikan RM2000 sebulan untuk 3 transaksi.
Selain ASB, anda juga boleh menyimpan dalam Thijari Tabung Haji Online bagi pelan simpanan jangka panjang.
Soalan Lazim
1. Bolehkah withdraw asb dibuat pada hujung minggu?
Tidak, pengeluaran hanya diproses pada hari bekerja.
2. Berapa lama proses pengeluaran asnb?
Pengeluaran mengambil masa 1 hingga 2 hari bekerja untuk keluar asb secara online.
3. Bolehkah saya mengeluarkan wang dari akaun ASB lain?
Ya, dengan kebenaran pemilik akaun.
4. Bolehkah membuat pengeluaran penuh dari akaun asb di kaunter bank?
Ya, tetapi baki minimum asb RM10 mesti dikekalkan.
5. Bolehkah saya mengeluarkan wang asb jika akaun tidak aktif?
Tidak, akaun mesti diaktifkan terlebih dahulu.
6. Bolehkah cara keluar duit asb withdrawal dibuat melalui telefon?
Tidak, semua pengeluaran mesti dilakukan melalui portal atau kaunter.
7. Asb boleh dikeluarkan di mana
Asb boleh keluar di bank ejen seperti Maybank, CIMB, RHB, cawangan ASNB, serta secara online melalui MyASNB.
8. ASB Boleh Keluar Duit Bila?
Yang tanya asb bila boleh keluarkan, boleh dibuat pada hari bekerja di cawangan ASNB, bank ejen, atau secara online melalui MyASNB.
Kesimpulan
Withdraw asb ini memberikan fleksibiliti kepada pelabur untuk guna dana mereka bagi pelbagai keperluan.
Kemudahan pengeluaran secara online melalui portal MyASNB dan aplikasi mudah alih menjadikan proses ini lebih mudah dan efisien.
Dengan had pengeluaran simpanan asb yang munasabah dan tempoh proses mudah dan pantas, pelabur dapat akses untuk keluar duit simpanan asb mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari:
Pastikan anda memahami syarat dan proses pengeluaran duit asb withdrawal sebelum melakukan transaksi untuk mengelakkan sebarang kesulitan.