Pengeluaran Akaun 3 Kwsp: Cara Keluarkan Akaun Fleksibel

Syarat memohon keluarkan duit dan cara pengeluaran akaun 3 kwsp 2025 akaun fleksibel

Pengeluaran ini merujuk kepada inisiatif yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan sebahagian simpanan daripada Akaun Fleksibel (Akaun 3 kwsp) untuk memenuhi keperluan kewangan tertentu.

  • Bagi kategori pengeluaran akaun lain, pencarum boleh merujuk kepada senarai penuh pengeluaran kwsp yang dibenarkan berdasarkan syarat semasa

Kwsp akaun fleksibel ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula melibatkan semua akaun KWSP untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada ahli dalam merancang kewangan mereka.

cara pengeluaran akaun 3 kwsp

Syarat Kelayakan Keluarkan Kwsp Akaun 3

Cara pengeluaran akaun 3 kwsp daripada Akaun Fleksibel, ahli perlu memenuhi syarat berikut:

  • Belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  • Amaun minimum pengeluaran khas yang dibenarkan adalah RM50.

Ahli boleh membuat pengeluaran epf akaun 3 pada bila-bila masa asalkan syarat di atas dipenuhi.

  • Ketahui cara pengiraan potongan kwsp terkini bagi pekerja dan majikan serta bagaimana ia mempengaruhi jumlah simpanan persaraan.
  • Semakan pengeluaran akaun 3 dan caruman boleh dibuat dengan mudah melalui kwsp login majikan di portal i-Akaun rasmi.
  • Ketahui jenis simpanan dan pembahagian dana serta kwsp i akaun majikan termasuk Akaun 1, 2 dan Epf Akaun 3 yang kini diperkenalkan

Cara Permohonan Pengeluaran Akaun 3 Kwsp 2025

Memohon pengeluaran khas akaun 3 kwsp boleh dilakukan melalui beberapa saluran yang disediakan oleh KWSP:

  1. Aplikasi KWSP i Akaun Fleksibel: Log masuk ke i-Akaun dan pilih menu Pengeluaran dan pilih Pengeluaran Akaun Fleksibel. Ikuti arahan yang diberikan dan lengkapkan permohonan.
  2. Portal Web i-Akaun (Ahli): Log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan. Pilih Pengeluaran Akaun Fleksibel dan ikuti langkah-langkah yang disediakan.
  3. Pejabat KWSP: Kunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran. Permohonan kwsp akaun 3 pengeluaran boleh dilakukan tanpa menggunakan borang; pegawai KWSP akan membantu dalam proses permohonan pengeluaran.

Untuk ahli yang berada di luar Malaysia dan tidak mempunyai akses kepada i-Akaun, borang permohonan keluar kwsp akaun 3 fleksibel boleh dimuat turun dari laman web KWSP dan dihantar melalui pos atau e-mel.

Semakan Status Akaun Fleksibel

cara pengeluaran kwsp akaun 3 fleksibel

Bermula 2024, KWSP telah memperkenalkan pembahagian kwsp Akaun 3 fleksibel yang membolehkan ahli mengakses sebahagian simpanan mereka.

Semak pengeluaran kwsp akaun 3 Fleksibel boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi KWSP.

  1. Log masuk ke i akaun kwsp akaun 3 melalui www.kwsp.gov.my.
  2. Pilih menu ‘Akaun Fleksibel’ untuk menyemak jumlah simpanan.
  3. Periksa kelayakan & semak status pengeluaran khas kwsp 2025 sekiranya terdapat kemas kini terkini.
  4. Buat permohonan pengeluaran jika layak dan memenuhi syarat KWSP.

Bagi pencarum yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara keluarkan akaun 3 kwsp, mereka disarankan untuk merujuk FAQ rasmi KWSP atau menghubungi pusat khidmat pelanggan KWSP bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Cara Keluarkan Akaun 3 Kwsp

cara keluarkan akaun 3 kwsp

Pembayaran pengeluaran akaun 3 kwsp melibatkan kategori Pengeluaran Akaun Fleksibel masuk ke akaun bank yang telah pencarum daftarkan. Pastikan perkara berikut dipenuhi:

  • Akaun bank yang masih aktif digunakan pada ketika ini.
  • Akaun bank anda mesti tertera nama anda sendiri sebagai pemilik individu akaun.

Proses pengkreditan bayaran pengeluaran akan dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Sumber: kwsp

Bagi pencarum yang juga melabur dalam Amanah Saham Bumiputera, semak cara & bila boleh keluarkan asb 2025 dan syarat berkaitan.

Berita Pengeluaran Khas Kwsp 10k Adalah Tidak Benar!

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai pengeluaran khas kwsp 10k kembali tular di media sosial, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pencarum.

Namun, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menafikan dakwaan ini dan mengesahkan bahawa tidak ada pengumuman rasmi berkenaan pengeluaran khas KWSP 10k untuk tahun 2025.

  1. Tiada Permohonan Pengeluaran Khas 10k Diumumkan – KWSP hanya membenarkan pengeluaran mengikut syarat sedia ada, seperti Akaun 1, Akaun 2, i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra sebelum ini.
  2. Berita Tidak Sahih – Sebarang pengumuman rasmi hanya akan dikeluarkan melalui laman web rasmi KWSP (www.kwsp.gov.my) dan media kerajaan.
  3. Fokus kepada Akaun Fleksibel – KWSP kini memberi tumpuan kepada pembaharuan Akaun 3 bagi membolehkan pencarum mengurus simpanan dengan lebih baik.

Orang ramai disarankan untuk tidak terpedaya dengan khabar angin dan sentiasa merujuk sumber rasmi dan berita terkini kwsp bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu terutamanya kononnya permohonan pengeluaran khas kwsp 10k dibuka semula !

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bilakah saya boleh mula membuat pengeluaran kwsp Akaun Fleksibel?

Pastikan anda mempunyai simpanan paling minimum RM50 untuk melayakkan anda melakukan pengeluaran dari akaun fleksibel.

2. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan pengeluaran akaun 3 kwsp?

Tidak, dokumen sokongan tidak diperlukan. Namun, pastikan akaun bank anda aktif dan didaftarkan atas nama sendiri untuk memastikan proses pembayaran pengeluaran khas kwsp 2025 berjalan lancar.

3. Bolehkah saya membatalkan permohonan kwsp keluar akaun 3 selepas dihantar?

Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan. Oleh itu, pastikan anda membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.

Kesimpulan

Pengeluaran Khas melalui Akaun Fleksibel (Epf Akaun 3) menawarkan kemudahan kepada ahli untuk mengakses simpanan mereka bagi memenuhi keperluan kewangan tertentu.

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan memahami proses permohonan sebelum membuat pengeluaran khas kwsp 2025.