Renew Lesen Memandu 2025 – Harga Lesen Motor & Kereta

Semakan Harga Renew Lesen Memandu 2025: Pembaharuan Jenis No Siri kenderaan jpj di Malaysia.

Renew melibatkan lesen anda adalah proses memperbaharui lesen bagi memastikan pemandu masih memiliki lesen yang sah untuk memandu kenderaan di Malaysia.

Lesen perlu diperbaharui sebelum tarikh luput bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang atau saman daripada pihak berkuasa seperti JPJ dan PDRM.

semakan harga lesen memandu kereta motor

Bolehkah Nak Renew Lesen Memandu Online?

Ya, kini pemilik lesen boleh memperbaharui lesen secara online melalui portal MyJPJ, MyEG, dan sistem JPJ eBid.

  • Mudah & Cepat – Tidak perlu ke kaunter JPJ.
  • Boleh Dibuat 24/7 – Tidak terikat dengan waktu operasi pejabat.
  • Boleh Pilih Tempat Pengambilan – Ambil lesen di JPJ terdekat atau pejabat pos terpilih.

Pastikan anda telah mengaktifkan mengikut cara renew roadtax di myjpj untuk akses mudah kepada lesen digital dari fizikal dan maklumat kenderaan anda.

Cara Pembaharuan Lesen Memandu

Sebelum perbaharui lesen, pastikan Semakan Kad Pengenalan – Cek No IC, MyKad Hilang & Tempoh Siap anda dalam keadaan baik untuk pengesahan identiti oleh JPJ.

1. Melalui Portal MyEG

  • Layari laman web rasmi: https://www.myeg.com.my/
  • Login akaun MyEG (Jika belum ada, daftar akaun terlebih dahulu).
  • Pilih Perkhidmatan JPJ > Pembaharuan Lesen.
  • Masukkan nombor IC dan maklumat lesen.
  • Pilih tempoh renewal lesen (1 hingga 5 tahun).
  • Buat pembayaran secara FPX atau kad debit/kredit.
  • Pilih cara penghantaran (Sama ada pos atau ambil sendiri di JPJ).

2. Melalui JPJ Online (MyJPJ / JPJ eBid)

  • Layari https://jpj.gov.my.
  • Login akaun MyJPJ atau daftar akaun baharu.
  • Pilih Perkhidmatan JPJ > Pembaharuan Lesen.
  • Masukkan butiran lesen & tempoh pembaharuan.
  • Sahkan maklumat & buat pembayaran.
  • Tunggu notifikasi & ambil lesen di JPJ atau pejabat pos.

Bolehkah Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2025?

Ya, anda boleh perbaharui lesen memandu di pejabat pos terpilih.

  • Proses hidupkan lesen di pejabat pos lebih pantas berbanding JPJ.
  • Perlu membawa MyKad & lesen lama
  • Terhad untuk lesen CDL (tidak termasuk GDL & PSV).

Berapa Harga Renew Lesen Memandu 2025?

Jenis LesenHarga 1 Tahun (RM)Harga 5 Tahun (RM)
Harga renew CDL (Kereta & harga ambil lesen Motor b2 & b full)RM30RM150
Lesen GDL (Kenderaan Komersial)RM40RM200
Lesen PSV (Pengangkutan Awam)RM20RM100

Semakan Status Renew Lesen Memandu

1) Melalui JPJ Online

  • Layari https://www.jpj.gov.my/.
  • Klik “Semakan Lesen Memandu”.
  • Masukkan nombor IC & nombor lesen.
  • Tekan “Semak” untuk melihat status.

2) Melalui MyEG

  • Login ke akaun MyEG.
  • Klik pada “Status Mohon Lesen”.
  • Masukkan nombor IC untuk melihat status lesen.

Elakkan masalah semasa memperbaharui lesen dengan semak status saman anda di Check Saman JPJ, PDRM & AES 2025 – Cara Semakan & Bayaran Online terlebih dahulu.

Ambil peluang menikmati diskaun saman pdrm 2025 untuk menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum memperbaharui lesen anda.

Berapa Tempoh Lesen L, P & Lesen Memandu Kompeten CDL?

Jenis Lesen Belajar MemanduTempoh Sah
Lesen L (Lesen Belajar Memandu)2 Tahun
Lesen P (Percubaan)2 Tahun
Lesen CDL (Lesen Memandu Kompeten)1 – 5 Tahun

Selain memperbaharui lesen, semak juga no plat terkini jika anda merancang untuk mendapatkan nombor pendaftaran baru.

Kesan Jika Tidak Buat Pembaharuan Lesen

  • Saman JPJ & PDRM – Denda dikenakan jika lesen sudah expired. Untuk tahu samada kena saman atau tidak.
  • Tiada Perlindungan Insurans – Jika berlaku kemalangan, tuntutan insurans tidak sah.
  • Perlu Ambil Semula Ujian – Lesen yang tamat lebih 3 tahun perlu diuji semula.

Semak dan bayar saman anda dengan MyBayar Saman PDRM 2025 – Cara Semak & Bayar Online untuk memastikan proses pembaharuan lesen berjalan lancar tanpa halangan.

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu di Myeg & Mysikap

  1. Melalui MySikap atau MyEG: Masuk ke akaun dan pilih “Semakan Tarikh Luput”.
  2. Melalui Lesen Fizikal: Semak tarikh luput yang dicetak pada lesen anda.

Check Nombor Siri Lesen Memandu JPJ

Ia adalah no siri lesen adalah kod unik yang digunakan untuk tujuan pengesahan.

Anda boleh semak nombor siri lesen di portal MySikap jpj dengan langkah berikut:

semakan no siri lesen memandu jpj
  1. Log Masuk Akaun MySikap: Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
  2. Cari Bahagian “Maklumat Lesen”: No siri akan tertera bersama maklumat lesen lain.

Soalan Lazim

1. Bolehkah renew lebih awal?

Ya, boleh diperbaharui 3 bulan sebelum tamat tempoh.

2. Cara tukar lesen pdl ke cdl

Untuk menukar lesen PDL ke CDL, pemohon perlu mencapai tempoh percubaan dua tahun tanpa kesalahan trafik. Tukar di JPJ dengan dokumen lengkap.

3. Bolehkah ambil lesen yang diperbaharui di pejabat pos?

Ya, jika memilih penghantaran ke pejabat pos.

4. Berapakah maksimum tempoh renewal lesen?

5 tahun untuk lesen CDL.

5. Adakah lesen P boleh diperbaharui?

Tidak, lesen P perlu dinaik taraf kepada CDL sebelum tamat tempoh.

6. Bagaimana jika lesen tamat lebih 3 tahun?

Perlu mengambil semula ujian memandu JPJ.

7. Apakah dokumen diperlukan untuk renew?

MyKad & lesen asal.

8. Bolehkah buat pembaharuan lesen untuk orang lain?

Ya, dengan salinan IC & surat kebenaran pemilik lesen.

9. Bolehkah renew GDL atau lesen PSV di MyEG?

Tidak, hanya boleh di JPJ.

10. Adakah denda lewat renew lesen?

Tidak, tetapi jika lebih 3 tahun lesen mati, perlu ambil ujian semula.

11. Berapa harga buat lesen b full motor dan kereta?

Kos ambil lesen kereta, lesen B Full untuk motosikal dan bergantung kepada institut belajar memandu, lokasi, dan caj JPJ semasa. Contoh kos lesen b full boleh mencecah antara RM900 hingga RM1500, termasuk ujian teori, latihan amali, dan ujian jalan raya

12. Masih ada lagi dibuka permohonan lesen memandu percuma 2025

Program mylesen percuma 2025 yang diberikan secara free dan percuma hanya ditawarkan dalam tempoh tertentu. Semak laman rasmi JPJ atau inisiatif kerajaan terkini untuk maklumat lanjut.

Kesimpulan

  • Perbaharui lesen memandu online lebih cepat & mudah melalui MyEG & JPJ Online.
  • Harga renewal bergantung kepada jenis lesen & tempoh yang dipilih.
  • Semakan status lesen boleh dibuat di portal JPJ & MyEG.
  • Renew lesen lebih awal untuk elak saman & masalah insurans.

Laman Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/
Renew Lesen: https://www.myeg.com.my/

Jangan tunggu saat akhir! Renew untuk lesen hari ini!