Str Bujang – Senarai Bantuan Bujang Bila Masuk

Senarai Bantuan str bujang 2025 di malaysia, jom daftar sekarang!

Bantuan bujang ini diberikan kerajaan Malaysia kepada kumpulan dan golongan individu bujang yang menerima gaji dan pendapatan rendah.

Sumbangan tunai rahmah bujang ini diagihkan dalam empat fasa sepanjang tahun dan bertujuan meringankan kos sara hidup rakyat dalam kategori bujang, termasuk mereka yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap.

Kami sedaya upaya untuk menghimpunkan segala maklumat lengkap berkaitan syarat kelayakan, cara permohonan, jumlah bayaran, tarikh kemasukan, semakan str bujang serta senarai bantuan kerajaan lain yang boleh dimohon.

bantuan str bujang 2025

Cara Permohonan STR Bujang

Urusan daftar permohonan STR bujang online adalah khusus untuk individu yang masih belum kahwin lagi, dan tidak ada tanggungan lagi .

Berbeza dengan kategori isi rumah, pemohon bujang tidak perlu sama sekali mengisi maklumat pasangan atau anak.

Permohonan anda lengkapkan secara online melalui portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan daftar dan register akaun dan isi maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, dan pendapatan bulanan.

Selain itu, anda juga boleh buat terus di kaunter LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran.

Pastikan maklumat pendapatan dan status bujang anda tepat dan terkini bagi melancarkan proses kelulusan.

BACA SINI : Cara daftar permohonan str 2025 baru

Syarat Kelayakan STR 2025 Bujang

Untuk layak memohon bantuan bujang 2025, pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Pendapatan bulanan mestilah RM2500 ke bawah.

Selain itu, pemohon mestilah belum berkahwin, tidak mempunyai tanggungan, dan tidak menerima bantuan di bawah kategori isi rumah.

Semakan STR Bujang

Semakan STR bujang boleh dibuat melalui portal MySTR seperti biasa, namun ada beberapa isu khusus yang sering berlaku.

Antaranya termasuk status “Dalam Proses” yang berlarutan, status permohonan ditolak kerana tidak padan dengan rekod e-Kasih, atau maklumat akaun bank tidak dikemaskini.

Penerima bujang juga digalakkan semak dari masa ke semasa selepas setiap fasa bayaran diumumkan kerana kemasukan bayaran mungkin berlaku lewat berbanding kategori isi rumah.

Sekiranya status menunjukkan “Lulus” tetapi bayaran belum diterima, pemohon boleh membuat semakan tambahan melalui bank atau hubungi talian rasmi LHDN.

Tarikh Bayaran STR Bujang Bila Masuk

Bayaran str untuk bujang bila masuk dibuat mengikut jadual pembayaran rasmi yang merangkumi empat fasa 1, 2, 3, 4 sepanjang tahun.

Walaupun tarikh fasa adalah sama seperti kategori lain, penerima bujang kadangkala mengalami kelewatan kredit masuk berbanding isi rumah atau warga emas.

Oleh itu, penerima digalakkan untuk menyemak status bayaran secara berkala selepas setiap fasa diumumkan, terutama jika menggunakan akaun bank berbeza daripada yang biasa digunakan dalam bantuan kerajaan.

Senarai Bantuan Bujang di Malaysia

Bagi golongan bujang yang terima gaji dan pendapatan rendah di Malaysia, terdapat beberapa bantuan yang boleh dimohon sepanjang tahun 2025. Antaranya:

  1. STR Bujang – Bantuan tunai sehingga RM600 setahun yang diagihkan dalam empat fasa.
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Bantuan bulanan kepada penerima eKasih yang layak termasuk kategori bujang.
  3. eBelia Rahmah – Bantuan kredit e-dompet bernilai RM200 untuk belia berumur 18–20 tahun dan pelajar IPT.
  4. Bantuan Zakat Bujang – Bantuan tunai, barangan asas atau biasiswa yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam negeri.
  5. Bantuan JKM untuk Bujang OKU – Termasuk Elaun Pekerja OKU dan Bantuan Am bagi individu kurang upaya yang layak.

Soalan Lazim

1. Str umur berapa boleh daftar str 2025 bujang?

Tidak, kategori bantuan bujang hanya untuk individu berumur 21 tahun ke atas.

Kesimpulan

Setiap bantuan mempunyai syarat kelayakan tersendiri dan perlu dibuat melalui agensi berkaitan.

Golongan bujang disaran membuat semakan dari masa ke semasa melalui saluran rasmi untuk menerima kemaskini pengumuman bantuan terbaru dari masa ke semasa.