Ringkasan Intipati Pembentangan Bajet 2025 Malaysia
Bajet 2025 merupakan pelan kewangan tahunan yang dirangka oleh kerajaan Malaysia.
Ia menggariskan pendapatan dan perbelanjaan negara untuk tahun tersebut.
Fokus utama bajet ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi, dan memastikan pembangunan mampan.
Bajet ini juga berperanan mengurangkan beban kos sara hidup melalui pelbagai insentif dan subsidi.
Dengan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Bajet 2025 dijangka membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Kandungan
- Jumlah Bajet 2025
- Senarai Ringkasan Intipati Bajet 2025 Malaysia
- 1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- 2. Bantuan Untuk Kanak-Kanak Dan Warga Emas
- 3. Bantuan Untuk OKU
- 4. Bantuan Pendidikan Kepada Pelajar Sekolah
- 5. Bantuan Pendidikan Kepada Pelajar Universiti
- 6. Bantuan Penjawat Awam & Pesara Bajet 2025
- 7. Pelepasan Cukai Pendapatan Bajet 2025
- 8. Senarai Bantuan Untuk Usahawan & SME
- 9. Bantuan Beli Rumah Pertama
- 10. Bantuan Untuk Golongan Wanita
- 11. Bantuan PERKESO
- 12. Bantuan KWSP
- 13. Insentif IPR
- 14. Subsidi Petrol
- 15. Gaji Minimum
- Tarikh Penting Bajet 2025
- Soalan Lazim
- Jangkaan Impak Bajet 2025
Jumlah Bajet 2025
Jumlah dana Dari 2018 Hingga Bajet 2025
Bajet negara dari tahun 2018 hingga 2025 menunjukkan trend peningkatan yang ketara.
Pada tahun 2018, bajet negara berjumlah RM280.3 bilion, dengan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.
Tahun 2019 menyaksikan kenaikan kepada RM314.6 bilion, menekankan aspek pendidikan dan kesihatan.
Bajet 2020 pula mencatatkan jumlah RM320.6 bilion dengan fokus kepada digitalisasi dan pembangunan ekonomi.
Pada tahun 2021, jumlah bajet ialah RM322.5 bilion, terutama untuk menangani kesan pandemik.
Tahun 2022 memperuntukkan RM332.1 bilion, manakala Bajet 2023 meningkat kepada RM386.1 bilion. Bajet 2024 pula mencatatkan peruntukan RM388.1 bilion.
Bajet 2025 dijangka terus meningkat dengan perancangan komprehensif untuk rakyat dan negara.
TAHUN | JUMLAH DANA |
---|---|
2025 | RM421 bilion |
SUMBER: MOF
Senarai Ringkasan Intipati Bajet 2025 Malaysia
1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) diteruskan dengan pemberian tunai kepada golongan B40 dan M40.
SARA pula adalah bantuan khas untuk keluarga miskin tegar yang berjumlah RM100 sebulan.
Jumlah bantuan adalah sehingga RM3,000 setahun, bergantung kepada kategori penerima.
- Mykasih: Login Status Semakan Sara 2025 Online RM100
- Kemaskini Str 2025 Online: Sebelum Tarikh Tutup
- Login Str: Semakan Status Bantuan 2025 Online
- Permohonan Str Bujang 2025 Online: Syarat Daftar Baru
- SARA 2025: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025 RM100 & RM50
- Str 2025: Jadual, Jumlah, Tarikh Bayaran Fasa 1, 2, 3, 4
2. Bantuan Untuk Kanak-Kanak Dan Warga Emas
Bantuan khas disediakan untuk kanak-kanak daripada keluarga miskin dengan jumlah sehingga RM1,200 setahun.
Warga emas pula akan menerima elaun khas yang naik RM500 sebulan ke RM650 sebulan ntuk membantu perbelanjaan harian.
3. Bantuan Untuk OKU
Orang Kurang Upaya (OKU) menerima peningkatan dalam elaun bulanan, iaitu RM500 hingga RM800, bergantung kepada keperluan.
Bantuan ini bertujuan meningkatkan taraf hidup golongan OKU.
4. Bantuan Pendidikan Kepada Pelajar Sekolah
Pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan khas sehingga RM150 seorang.
Bantuan ini meliputi subsidi buku teks, alat tulis, dan pakaian seragam.
5. Bantuan Pendidikan Kepada Pelajar Universiti
Pelajar universiti daripada keluarga B40 akan mendapat subsidi yuran pengajian. Pinjaman pendidikan tanpa faedah turut disediakan.
6. Bantuan Penjawat Awam & Pesara Bajet 2025
Duit bantuan RM500 dan RM250 diberikan secara one off kepada penjawat awam dari gred 56 ke bawah dan tidak lupa kepada pesara kerajaan.
Gaji penjawat awam naik antara 7 peratus hingga 5 peratus
7. Pelepasan Cukai Pendapatan Bajet 2025
Pelepasan cukai pendapatan dinaikkan kepada RM4000 untuk kategori premium insurans dan pendidikan.
Manakala pelepasanuntuk belanja perubatan akan naik kepada RM10,000.
8. Senarai Bantuan Untuk Usahawan & SME
Bajet 2025 memperuntukkan geran khas sehingga untuk usahawan mikro.
SME pula akan menerima pinjaman tanpa faedah untuk penerima yang layak.
9. Bantuan Beli Rumah Pertama
Pembeli rumah pertama layak mendapat rebat cukai sehingga RM10,000. Kerajaan juga menyediakan skim pinjaman mudah untuk golongan B40 dan M40.
Manakala Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKjP) membantu individu tanpa pendapatan tetap memiliki rumah.
Skim ini menyediakan jaminan sehingga 100%. Di mana anda hanya perlu bayar bayaran bulan yang rendah untuk 5 tahun pertama pinjaman.
10. Bantuan Untuk Golongan Wanita
Di Bawah program I suri, anda layak untuk menikmati tambahan 50 peratus untuk setiap caruman yang anda lakukan. Maksimum RM3000.
Peluang kerja kosong semakin bertambah apabila setiap majikan yang tawar kerja kepada wanita akan dapat pengecualian cukai sebanyak 50 peratus selama tempoh setahun.
11. Bantuan PERKESO
Kepada yang kerja sendiri, Perksso meneruskan program SKSPS Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri.
Yang mana untuk setiap caruman sendiri yang anda lakukan, 70 peratus akan diberikan secara percuma melalui dana terkumpul RM100 juta yang diberikan kerajaan.
12. Bantuan KWSP
Melalui I Saraan, jumlah bantuan padanan untuk setiap padanan simpanan yang anda buat kepada kwsp akan naik dari 15 peratus kepada 20 peratus.
13. Insentif IPR
Insentif Pendapatan Rakyat (IPR) terus dipertingkatkan dana bantuan untuk tahun 2025.
Program ini membantu rakyat untuk jana pendapatan tambahan melalui sistem INSAN (makanan), IKHSAN (penyedia perkhidmatan) dan juga INTAN (pertanian).
14. Subsidi Petrol
Subsidi petrol diteruskan bagi memastikan harga bahan api kekal pada kadar RM2.05 seliter untuk RON95.
Bantuan ini membantu mengurangkan kos pengangkutan rakyat. Tetapi ia akan berubah sistem bermula pertengahan tahun 2025…
15. Gaji Minimum
Gaji minima akan mula diperkenalkan bermula tahun hadapan bermula dengan paras RM1700 sebulan untuk sektor swasta.
Tarikh Penting Bajet 2025
- Tarikh Pembentangan Bajet: 11 Oktober 2024.
- Tarikh Kelulusan Parlimen: Disember 2024.
- Pelaksanaan Dasar: Bermula Januari 2025.
Soalan Lazim
Pada 11 Oktober 2024.
Pendidikan, kesihatan, infrastruktur, dan bantuan rakyat.
Pelepasan tambahan diberikan untuk kategori tertentu.
Peningkatan taraf hidup dan kemudahan lebih baik.
Jangkaan Impak Bajet 2025
Bajet 2025 dijangka memberi impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Pelaburan besar dalam pendidikan dan kesihatan akan meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Dengan fokus kepada pengurangan kos sara hidup, peningkatan pendapatan, dan pembangunan ekonomi, bajet ini dijangka memberikan impak positif.
Projek infrastruktur baharu pula akan merangsang ekonomi luar bandar.
Pelbagai bantuan untuk golongan B40, M40, OKU, wanita, kanak-kanak, dan usahawan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat.
Selain itu, subsidi dan insentif yang disediakan membantu mengurangkan beban rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi.
Bajet 2025 malaysia menjadi platform kukuh untuk mencapai matlamat pembangunan negara secara inklusif dan mampan.